Friday, September 11, 2009

sejarah balai polis changkat jering



BALAI POLIS CHANGKAT JERING - merupakan balai polis di bawah pentadbiran Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. Balai Polis Changkat Jering telah dirasmikan pada 21 Julai 1979 bersamaan 25 Syaaban 1399 Hijrah oleh YDH Toh Muda Azizul Hassan bin Hj Abdul Rani Ketua Jabatan Siasatan Polis Kontinjen Perak. Pada ketika itu, tapak Balai Polis lama Changkat Jering telah diperbaiki dan dijadikan pengkalan sementara Unit Kawalan Kawasan (UKK) Padang Gajah. Keluasan balai polis baru Changkat Jering lebih kurang 7,344 meter persegi.
Sempadan kawasan Balai Polis Changkat Jering disebelah utara lebuhraya utara/selatan km 218, jalan persekutusan Batu 6 bersempadan dengan kawasan pentadbiran Balai Polis Simpang. Di bahagian selatan Batu 9 Jalan Trong bersempadan kawasan pentadbiran Balai Polis Trong. Sebelah timur lebuhraya utara/selatan km 231.5, jalan persekutuan Batu 12, bersempadan dengan kawasan pentadbiran Balai Polis Padang Rengas, Daerah Kuala Kangsar. Manakala sebelah barat Kampung Matang Gelugor bersempadan dengan kawasan pentadbiran Balai Polis Kuala Sepetang.

No comments:

Post a Comment

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails