Penubuhan Kelas Pengajian Agama & Al Quran... Pada tahun 1958, hasil kesedaran
betapa pentingnya ilmu agama kepada generasi muda, engasas Maahad yang terdiri daripada
Ustaz Hj Salleh, Ustaz Abdul Samad, Ustaz Omar, Ustaz Abdul Muin Tahir dan penduduk
Kampung Senduk telah membina dan merealisasikan Kelas Pengajian Agama & Al Quran yang
bertempat di sebelah bangunan surau kampung ini. Dari dulu hingga sekarang Pada tahun 1959,
masyarakat Kampung Senduk telah menubuhkan jawatankuasa yang bertanggungjawab
kepada perjalanan dan Kemajuan Kelas Pengajian Agama & Al Quran. Pembinaan bilik darjah
yang merupakan bangsal beratap rumbia merupakan titik tolak terpenting pembangunan
institusi ini. Pada tahun yang sama, kelas ini telah ditukar namanya menjadi Taman Didikan Islam.
1961 | Memperkenalkan mata pelajaran akademik selaras dengan kurikulum Kementerian Pelajaran. Pengiktirafan sebagai sekolah menengah rendah oleh kerajaan negeri. |
1964 | Perpindahan ke lokasi baru, bersebelahan jalan besar Trong.Perasmian bangunan oleh YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Perak ketika itu. |
1967 | Tahun pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP). |
1974 | Pengiktirafan sebagai sekolah Menengah Agama Islam Perak. Penukaran nama kepada Sekolah Menengah Agama Taman Didikan Islam ( SEMADI ). |
1976 | Kumpulan pertama menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). |
1977 | Kumpulan pertama menduduki Sijil Persekolahan Peringkat Thanawi. Menjadi pusat peperiksaan. Tingkatan Enam jurusan Syariah dibuka. |
1978 | Mula menyediakan asrama pelajar. Penubuhan Persatuan Ibu Bapa & Guru (PIBG). |
1980 | 5 pelajar yang menduduki STP berjaya ke universiti tempatan. |
1982 | Penukaran nama kepada Maahad Al Tarbiah Al Islamiah. Bilangan pelajar mencapai 800 orang. Pembinaan Asrama Ahmadiah, Musolla dan dewan serbaguna hasil sumbangan individu dan orang ramai. |
1987 | Kursus Bahasa Arab Daurah Ta’lim Al Lughah Al Arabiah anjuran bersama Universiti Islam Madinah. Pengiktirafan Universiti Islam Madinah bagi pelajar Maahad menyambung pelajaran ke universiti tersebut.Pelajar – pelajar Maahad mula membanjiri institusi pengajian di Arab Saudi, India, Jordandan lain-lain. |
1988 | Sambutan Perayaan Jubli Perak.
sumber : web mti |
No comments:
Post a Comment