Thursday, February 18, 2010

Program BN, AURA Dato Seri Nizar..!



Pulau Pasir Hitam
Rakyat bergambar bersama DSN dan DS Fatimah Taat
DSN disambut oleh rakyat di dalam majlis BN
DSN disambut oleh DS Ong
Bersama wakil-wakil dari BN
DSN berucap di pentas BN
DSN menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk

17.2.2010 Bukit Gantang :Pagi ini Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin telah mengunjungi Pulau Pasir Hitam yang mana merupakan satu lagi Pulau di dalam Parlimen Bukit Gantang yang memakan masa 45 minit masa perjalanan untuk sampai kesana.Dato Seri ditemani isteri beliau Datin Seri Fatimah Taat meluangkan hampir 3 jam disana.Beliau juga turut bersama-sama dengan masyarakat cina disana yang mana keseluruhan penduduk disana berbangsa cina bagi menyambut kedatangan tahun baru cina.

Dato Seri Nizar berucap dalam majlis BN.

Setibanya Dato Seri Nizar disana beliau disambut oleh wakil jawatankuasa penduduk Pulau Pasir Hitam dan dibawa ke Tokong dan Dewan Cina berhampiran yang mana ketika itu satu program anjuran BN sedang diadakan.Ia merupakan satu Majlis ucapan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Ong Ka Chuan yang telah menyumbangkan bumbung yang dibuat dikawasan tokong tersebut.Ketibaan Dato Seri Nizar disambut oleh beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh oleh rakyat yang ada.Dato Seri Nizar turut diberi peluang oleh jawatankuasa penduduk untuk menyampaikan ucapan di dalam majlis tersebut dan Dato Seri Nizar di dalam ucapannya menyatakan bahawa,

“Saya amat berterima kasih kepada Dato Seri Ong Ka Chuan yang sudi memberikan bantuan kepada penduduk disini,namun saya juga mengharapkan agar BN telus dalam memberikan bantuan dan menjaga kebajikan rakyat dengan tidak bertindak berat sebelah dalam memperjuangkan hak rakyat.”
-Dato Seri Nizar
Apa yang menambah meriah program tersebut ialah sambutan rakyat yang hadir dalam program tersebut yang mana ketika Dato Seri Nizar berucap sambutan dan tepukan dari rakyat amatlah tidak diduga memandangkan ia merupakan majlis BN namun keyakinan rakyat kepada Ahli Parlimen mereka itu tidak pernah luntur.Sambutan yang diluar jangka dapat dilihat apabila Dato Seri membangkitkan soal kebajikan Rakyat yang menjadi asas untuk diperjuangkan dan beliau mendapat tepukan gemuruh dari semua yang hadir.Di dalam majlis itu juga Dato Seri Nizar telah menyerahkan sumbangan kepada Wakil Jawatankuasa penduduk sebanyak

sumber:>PerakEXpress


Selepas 48 jam sah MB, 15 hektar kebun musnah

IPOH, 17 Feb:
Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat membantah keras tindakan kerajaan Perak melalui Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama yang merobohkan kawasan ladang yang telah diusahakan selama 12 tahun di Air Kuning, Perak.

Kawasan tersebut yang terletak berhampiran Taiping berada dalam Dewan Undangan Negeri Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang.

Insiden ini berlaku kira-kira 48 jam selepas Dr Zamry Abd Kadir diisytiharkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah baru-baru ini.

Kawasan seluas kia-kira 15 hektar itu telah dibangunkan bersama oleh sekumpulan 10 orang pengusaha dengan tanaman sayur-sayuran, ternakan lembu dan kambing, ternakan ikan dalam kolam serta pokon buah-buahan.

"Kami membangunkan tanah tersebut yan tidak didiami bagi memenuhi hasrat kerajaan yang mahu memajukan sektor pertanian dan penternakan," kata Mohd Salleh Ariffin, jurucakap kumpulan peneroka tersebut.

Pasukan perobohan tersebut dari Pejabat Tanah Larut Matang dan Selama, dibantu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), polis dari Taiping, JKR Taiping dan jentera dari syarikat Gamuda mengambil masa kira-kira tiga jam untuk memusnahkan segala yang telah diusahakan selama 12 tahun.

"Mereka datang seolah-olah hendak menangkap penjenayah besar. Kami telah membuat permohonan untuk mendapat hak milik tanah termasuk menghantar surat ke Jabatan Perdana Menteri tetapi tidak mendapat respon sehingga kini.

"Mereka memusnahkan semuanya yang kami usahakan termasuk menebang pokok buah-buahan. Adakah ini slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?," kata Mohd Salleh yang turut ditangkap dan digari kerana didakwa cuba menghalang kerja-kerja perobohan tersebut.

Kerugian dianggarkan sekitar RM500,000.00.

Mengulas kejadian ini, Pengerusi Lajnah Pekerja Dan Peneroka Bandar PAS Pusat, Mohd Anuar Tahir melahirkan rasa dukacita, kesal dan menyampah dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Dr Zamry ke atas rakyatnya sendiri di Perak.

Katanya, tindakan meroboh dengan jentolak dengan bantuan pasukan polis dan FRU ini seolah-olah menyerupai tindakan yang diambil oleh rejim Zionis Israel ke atas penduduk Palestine.

"Sepatutnya pihak kerajaan perlu menggunakan kaedah perundingan untuk mendengar permasalahan rakyat dahulu. Saya juga nak ulangi apakah ini dia slogan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"?

"Kita membantah keras tindakan ini dan menuntut kerajaan Dr Zamry memohon maaf dengan pihak yang terbabit dan membayar ganti rugi kepada mereka.

"Kita juga menuntut kerajaan Perak tidak memandang remeh perkara ini dan tidak menjadikan ini sebagai tindakan balas dendam atau sebagainya kerana baru-baru ini mereka juga telah mengeluarkan hak milik kepada pekebun limau bali di Tambun sedangkan di sebaliknya pula ada segolongan lagi rakyat yang telah dizalimi," ujarnya.

Monday, February 15, 2010

Pesuruhjaya PAS Wilayah hilang sejak Khamis


KUALA LUMPUR, 15 Feb — Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohamad Nor (gambar) yang keluar rumah beliau Khamis lalu dikatakan hilang dan tidak dapat dikesan sehingga ke hari ini.

Ketua PAS Wilayah Persekutuan selama dua penggal itu, berusia 52 tahun, dikatakan keluar rumah untuk menghadiri mesyuarat Koperasi Muslimin Berhad pada sebelah malam Khamis lalu dengan memandu kenderaan Unser bernombor pendaftaran WJD 4469.

Sejak itu beliau dikatakan tidak kembali ke rumahnya.

Laporan polis mengenai kehilangan beliau telah dibuat pagi ini, kata Pengerusi Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzzaman Mohamad ketika dihubungi The Malaysian Insider.

“Saya hanya tahu apabila dimaklumkan pagi tadi bahawa keluarganya akan membuat laporan polis... beliau keluar rumah Khamis lalu dan tidak dapat dikesan sejak itu.

“Oleh itu, saya sudah meminta ahli-ahli Pemuda PAS supaya menggerakkan usaha mengesan beliau,” kata beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS pusat.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo’ Lo’ Mohamad Ghazali yang menghadiri mesyuarat koperasi itu memberitahu Harakahdaily, Mohamad ada memaklumkannya mahu berjumpa dengan kawan beliau tengah malam selepas mesyuarat itu.

“Namun sehingga kini beliau tidak pulang dan tidak juga dapat dihubungi,” katanya.

Sehubungan itu, beliau memohon ahli PAS berdoa agar Mohamad berada dalam keadaan selamat dan dapat menghubungi keluarganya dengan segera.

“Saya memohon Unit Amal dan Briged Amal agar membuat skuad mencari segera,” katanya.

Dalam pada itu anak Mohamad, Umar berkata kali terakhir ayahnya dilihat adalah di kawasan rehat dan rawat Maran, Pahang pada malam Jumaat lalu.

Katanya, kira-kira pukul 8 pagi keesokan hari telefon beliau dikesan berada di Temerloh, Pahang.

“Sejak itu kami tidak ada sebarang maklumat lagi tentang ayah kami,” kata Umar.

Menurut Umar lagi, perkara ini tidak pernah berlaku ke atas ayahnya kerana beliau akan memaklumkan pergerakannya kepada keluarga mereka.


Friday, February 12, 2010

Sejarah penubuhan pas


Mengikut satu fakta sejarah, PAS telah ditubuhkan secara rasmi pada tanggal 23 Ogos 1951. Bagaimanapun, ada fakta lain yang menyebut bahawa PAS ditubuhkan pada 24 November 1951 (Warta Negara, 26 November 1951 dan Utusan Melayu 25 November 1951).

Walaupun di sini terdapat dua tarikh yang berbeza, namun bagi ahli-ahli sejarah dan tokoh-tokoh lama dalam PAS, fakta kedua (24 November 1951) adalah tarikh kepastian PAS ditubuhkan.

Parti Islam Se-Malaysia kemudiannya telah didaftarkan sebagai sebuah organisasi pada 31hb. Mei 1955 dengan Nombor Pendaftaran. 733 (Pulau Pinang).

PAS atau Persatuan Islam Se-Malaya (nama asalnya) adalah pertubuhan atau parti politik Melayu yang berteraskan kepada Islam yang ditubuhkan sebelum merdeka sesudah Hizbul Muslimin diharamkan oleh penjajah pada tahun 1948.

Golongan reformasi ini bukan sahaja berjaya menyedarkan masyarakat Melayu tentang betapa pentingnya menghapuskan penjajah barat bagi mewujudkan sebuah negara Islam, tetapi turut menyuarakan pendapat bahawa kelemahan umat Islam sebenarnya adalah berpunca daripada masyarakat Islam yang tidak mahu mengikut ajaran Islam dengan betul sebagaimana yang terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah.

Dalam usaha mereka menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya kembali semula kepada Islam, pada tahun 1906 mereka telah berjaya menerbitkan sebuah majalah di Singapuraal-lmam. Selanjutnya pada tahun 1925 terbit pula akhbar Edaran Zaman di Pulau Pinang, majalah al-Ikhwan pada tahun 1926 dan Suara pada tahun 1928. yang diberi nama

Dengan terbitnya akhbar dan majalah tersebut, golongan ini telah berjaya mencetuskan Revolusi lntelektual di kalangan masyarakat Melayu dan akhirnya bibit-bibit kesedaran yang ditanamkan itu telah mendorong masyarakat Melayu untuk menubuhkan beberapa kesatuan atau pertubuhan bagi memajukan bangsa Melayu dan umat Islam pada tahun-tahun berikutnya.

Persatuan Melayu pertama bercorak politik secara nyata ditubuhkan di negara ini ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan lbrahim Haji Yaakob. la ditubuhkan pada Mei 1937. Kesatuan ini ditubuhkan atas kesedaran mahu memperjuangkan kemerdekaan negara serta membebaskan Tanah Melayu daripada terus ditindas dan dijajah oleh penjajah British.

Malangnya, kesatuan ini tidak dapat bertahan lama kerana ia telah diharamkan oleh JepunJepun menguasai Tanah Melayu pada tahun 1941 - 1945. semasa

Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, sebuah parti politik baru Melayu dibentuk, iaitu Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). la ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi - iaitu seorang tokoh agama yang mampu menguasai bahasa Arab dan lnggeris disamping bahasa Melayu. PKMM telah mengisytiharkan matlamatnya untuk mencapai kemerdekaan negara secara penuh.

Dr. Burhanuddin banyak berkorban untuk PKMM dan beliau mendapat kepercayaan golongan agama untuk menyertai gerakan politik bagi menentang penjajah.

PKMM telah berjaya memperluaskan pengaruhnya dalam masyarakat Melayu sehingga ia berjaya menubuhkan pula beberapa sayap atau bahagian dalam struktur organisasinya.

Selain Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS) dan Barisan Tani Se-Malaya (BATAS), Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) juga merupakan antara sayap atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM.

MATA merupakan bahagian agama parti berkenaan. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO.

Bagaimanapun, riwayat hidup Hizbul Muslimin berakhir pada Ogos 1948 apabila British bertindak mengharamkannya disamping menahan seramai tujuh orang pucuk pimpinannya, termasuklah Ustaz Abu Bakar al-Baqir sendiri di bawah Undang-undang Darurat atau Emergency Regulations.

Sungguhpun aktiviti Hizbul Muslimin terhenti, namun keghairahan sokongan rakyat khususnya dari alim ulama terhadap perjuangan politiknya amatlah memberangsangkan. Semangat dan sokongan kental inilah yang akhirnya merintis jalan mudah ke arah penubuhan PAS pada tahun 1951.

Dalam hal ini, ramai ahli sejarah berpendapat penghargaan dan pengiktirafan perlulah dihulurkan kepada Ustaz Abu Bakar al-Baqir, pemimpin MATA dan seterusnya Hizbul Muslimin yang telah menggarap sebahagian besar dari ground work bagi melebarkan persekitaran untuk memudahkan penubuhan PAS.

Peranan Hizbul Muslimin dalam penubuhan PAS lebih tertonjol lagi apabila sebahagian besar dari bekas pucuk pimpinan pusatnya turut menyertai PAS dan memainkan peranan secara aktif. Mereka antaranya termasuklah Ustaz Othman Hamzah, Ustaz Baharuddin Abd. Latiff, Tuan Haji Khaider Khatib dan Ustaz Yunus Haji Yatimi.

Besar kemungkinan juga Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan turut diresapi dengan pengaruh Hizbul Muslimin ini. Tambahan lagi ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri).

Tidak dapat dinafikan bahawa rancangan awal penubuhan PAS sebenarnya adalah ditimbulkan oleh sebahagian besar ahli-ahli agama di dalam UMNO semasa berlangsungnya Muktamar Ulama Ketiga di Bangunan Kelab UMNO Bagan, Butterworth dengan penitia penajanya terdiri daripada:

  1. Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
  2. Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
  3. Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota
  4. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
  5. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
  6. Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
  7. Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.

Penitia penaja inilah yang berusaha merangka perlembagaan serta menamakan pertubuhan yang dicita-citakan itu - iaitu dengan nama Pertubuhan Ulama Se-Malaya. Penitia ini telah berusaha mengadakan persidangan dengan persatuan-persatuan kebajikan Melayu atau Islam, Majlis Agama Islam Negeri, ulama perseorangan, para kadhi dan juga mufti.

Walaupun perhimpunan ulama dan orang perseorangan yang dianjurkan oleh Bahagian Agama UMNO itu pada mulanya berjaya menubuhkan Pertubuhan Ulama, tetapi atas inisiatif Ustaz Othman Hamzah, bekas Ahli Jawatankuasa Hizbul Muslimin yang mewakili Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunung Semanggol berjaya melahirkan Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) bagi menggantikan Pertubuhan Ulama Se-Malaya yang dicadangkan pada mulanya.

Maka PAS telah ditubuhkan secara rasmi hasil dari perhimpunan atau muktamar tersebut, yang antaranya turut disertai oleh:

  1. Persatuan guru-guru agama dari Perlis.
  2. Persatuan ulama dari Kedah.
  3. Persatuan anak-anak Kalimantan Malaya (PERKAM) Perak.
  4. Kelab Darul Ehsan dari Selangor.
  5. Kelab Melayu Bagan dari Seberang Perai.
  6. Persatuan al-Ehya as-Syariff, Gunong Semanggol, Perak.
  7. Perikatan Melayu Bersatu dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.
  8. Dan lain-lain badan kebajikan, kelab atau jamaah terutamanya dari Seberang Perai dan Pulau Pinang.

Juga hadir sama beberapa orang Tuan Guru, wartawan, imam dan kadhi atas nama peribadi.

Adapun Perlembagaan awal PAS yang digariskan itu mempunyai empat tujuan, iaitu:

PERTAMA: Mewujudkan satu perikatan persaudaraan Islam untuk membentuk satu tenaga bersama bagi menyelenggarakan segala tuntutan Islam dan siasah yang berdasarkan demokrasi.

KEDUA: Menumpukan segala ikhtiar dan tenaga untuk menyatukan Perlembagaan pentadbiran agama di seluruh negara.

KETIGA: Memelihara dan mempertahankan hak-hak kepentingan dan kehormatan agama dan umat Islam.

KEEMPAT: Bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan siasah yang lain di dalam negara ini, yang dasar dan tujuannya tidak berlawanan dengan ajaran Islam dalam mencapai demokrasi, keadilan masyarakat dan kemanusiaan.

Antara barisan kepimpinan pertama yang dilantik menerajui PAS termasuklah:

  1. Tuan Haji Ahmad Fuad Hassan - Yang Dipertua Agung
  2. Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Timbalan Yang Dipertua Agung
  3. Tuan haji Hussin Che Dol - Naib Yang Dipertua Agung (Utara)
  4. Fakir Muhammad Nor - Naib Yang Dipertua Agung (Tengah)
  5. Abdul Rahman Jamaluddin al-Jambuli - Naib Yang Dipertua Agung (Selatan)
  6. Tuan Haji Ahmad Maliki - Setiausaha Agung
  7. Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Bendahari Agung

Ahli Jawatankuasa Agung pula terdiri daripada:

  1. Tuan Haji Yahya Joned
  2. Tuan Haji Uthman Talib
  3. Tuan Haji Mohammad Nor
  4. Tuan Haji Zabidi Ali
  5. Tuan Haji Abdul Wahab
  6. Tuan Haji Assaiya
  7. Muhammad Mahzub
  8. Tuan Haji Ahmad Nadur.

Jika dilihat kepada persatuan, peribadi dan jumlah yang hadir semasa perhimpunan atau muktamar penubuhan PAS itu, yang kebanyakannya terdiri dari tokoh-tokoh agama, maka secara tidak langsung menunjukkan bahawa elemen dan semangat perjuangan Islam telah tersemai bersama PAS semenjak awal penubuhannya lagi.

Elemen Islam dalam PAS ini lebih terserlah lagi apabila usaha yang dibawa oleh Yang Dipertua Agung Pertamanya, Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan untuk menyetujui gagasan National Conference tajaan Dato’ Onn Jaafar (ramai yang berpendapat di sini bahawa Haji Ahmad Fuad mungkin terpengaruh dengan cara politik Dato’ Onn yang juga merupakan rakan karib beliau) tidak diterima oleh ahli dan penyokong-penyokong PAS.

Kegagalan Haji Ahmad Fuad mendapatkan sokongan ahli dan penyokong-penyokong PAS ini sekali lagi menunjukkan bahawa kesedaran mendalam mengenai politik Islam di kalangan ahli dan penyokongnya telah wujud walaupun PAS sendiri ketika itu masih berada pada tahap yang lemah.

Akhirnya, dalam satu Perhimpunan Khas pada September 1953, Haji Ahmad Fuad terpaksa mengambil jalan keluar dengan meninggalkan PAS bagi bersama-sama Dato’ Onn (menyertai Parti Negara).

Kesedaran Islam di kalangan ahli dan penyokong PAS inilah yang menjadikan satu ciri keistimewaan kepada perjuangan PAS walaupun sepanjang sejarah perjuangannya ramai di kalangan pemimpin atasnya meninggalkan parti, namun parti terus hidup, malah lebih kental dan subur.

[sunting] Presiden

Nama Tempoh perkhidmatan
Hj Ahmad Fuad bin Hassan 1951 - 1953
Dr Hj Abbas bin Hj Ilias (Pemangku) 1953 - 1956
Dr Burhanuddin bin Hj Mohd Noor (Al-Helmi) 1956 - 1969
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda (Pemangku ketika Dr Burhanuddin menjadi tahanan ISA) 1965 - 1966
Tan Sri Mohd Asri bin Haji Muda 1969 - 1982
Tuan Guru Haji Yusuf Rawa 1982 - 1989
Dato' Haji Fadzil Mohd Noor 1989 - 2002
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang 2002 - kini

[sunting] Kepimpinan

[sunting] Kepimpinan PAS Pusat

Nama Jawatan
Mursyidul Am Tuan Guru Dato' Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Dr. Hj Haron Din
Presiden Dato' Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang
Timbalan Presiden Ustaz Nasharudin Mat Isa
Naib Presiden I Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden II Salahuddin Ayub
Naib Presiden III Dato' Hj Mahfuz Omar
Ketua Dewan Ulama' Ustaz Dato' Ustaz Hj Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda Ustaz Hj Nasrudin Hassan Tantawi
Ketua Dewan Muslimat Ustazah Hjh Nuridah Salleh
Setiusaha Agung Dato' Hj Mustafa Ali
Bendahari Dr Mohd Hatta Ramli
Ketua Penerangan Ustaz Hj Idris Ahmad
Pengarah Pilihanraya Dato' Hj Abdul Halim Abdul Rahman

[sunting] Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat

[sunting] Pesuruhjaya Negeri

[sunting] Ahli PAS bagi Parlimen Malaysia ke-12

Wednesday, February 3, 2010

MARI PERGI RAMAI-RAMAI....





KONSERT MALAM,
kemanusiaan & kesenian islam

kini mereka berada di seberang jaya.

mari kita gegarkan tapak ekspo seberang jaya.

MASUK ADALAH PERCUMA.....


Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails