Friday, January 29, 2010

Pemuda BN, Pakatan lakar sejarah bersatu kecam serangan rumah ibadat

KUALA LUMPUR, Jan 28 — Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) melakar sejarah apabila keseluruhan pimpinan sayap-sayap Pemuda komponen kedua-dua ikatan itu hari ini bersepakat mengeluarkan satu kenyatan bersama bagi mengutuk insiden-insiden serangan ke atas rumah-rumah ibadat sejak awal bulan ini.

“Saya selaku Pengerusi Pemuda BN mengucapkan syabas dan terima kasih di atas persefahaman dan persetujuan yang dimeterai oleh semua pihak yang telah menampakkan kematangan politik di kalangan pemimpin generasi muda masa kini dengan meletakkan perpaduan negara mendahului perbezaan fahaman politik,” kata Pengerusi Pemuda BN Khairy Jamaluddin (gambar) dalam kenyataan ringkas dimuatkan dalam blognya.

Kenyataan itu dikeluarkan di sebalik siri serangan ke atas gereja dan yang terbaru kerja meletakkan kepala babi hutan di dua buah masjid semalam.

Ia dipercayai berhubung kait dengan isu kontroversi penggunaan kalimah Allah.

Kenyataan bersama yang dikeluarkan menyebut, “kami, barisan kepimpinan sayap Pemuda bagi parti-parti politik di Malaysia, mengambil ketetapan untuk bersepakat dan bersatu hati bagi mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan segelintir pihak yang terbabit dengan insiden serangan dan pencemaran ke atas rumah-rumah ibadat.”

“Ini termasuklah kejadian terbaru yang melibatkan dua buah masjid iaitu Masjid Jumhuriyah di Taman Dato' Harun serta Masjid Al-Imam Tirmizi di Taman Sri Sentosa yang dicemari dengan kepala babi,” kata kenyataan itu.

Ia menambah, sebarang serangan atau vandalisme terhadap mana-mana rumah ibadat tidak boleh sama sekali dipertahankan.

Tindakan-tindakan sebegini merupakan suatu yang melampau, biadap, bacul dan amat bertentangan dengan nilai-nilai agama serta tatasusila yang menjadi pegangan seluruh rakyat Malaysia, tambah kenyataan itu.

“Kami menyeru seluruh rakyat, tanpa mengira agama, bangsa atau pegangan politik untuk bangkit bersatu menentang tindakan segelintir puak ekstrim ini yang mahu menggugat kestabilan dan keamanan negara, lantas merobek semangat hormat-menghormati sesama rakyat yang sememangnya tersemai di kalangan kita.

“Kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bertenang dan tidak bertindak berbaurkan emosi. Kami mendesak pihak berkuasa untuk menumpukan segala usaha demi membawa pihak yang bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Adalah penting siasatan ini dijalankan secara bebas tanpa sebarang tekanan,” kata kenyataan itu lagi.

Pemuda BN dan PR juga sependapat bahawa isu ini adalah perkara sejagat yang merentasi batasan agama, politik serta bangsa.

“Apabila datang ancaman kepada perpaduan dan identiti kita sebagai warganegara Malaysia, kepimpinan muda negara sedia mengenepikan perbezaan fahaman politik demi mempertahankan kemakmuran dan keharmonian negara,” kata kenyataan itu lagi.

themalaysiainsaider<<

Thursday, January 28, 2010

Awas! BN mula mengganas

Pada 23 Januari, satu artikel tersiar di Malaysia Today tentang perancangan BN untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Dalam siri lawatan Najib ke India, delegasi Najib telah berunding untuk mendapatkan khidmat pakar-pakar IT untuk melumpuhkan blog-blog pembangkang. Seramai 200 hackers akan diambil dengan bayaran RM300 juta setahun. (Lihat disini)

Semalam, aku menerima dua sms dari pembaca Perakex. Mereka bertanya mengapa dah lama Perakex tidak dikemaskini. Aku pun heran sebab Perakex dikemaskini setiap hari. Tetapi setiap kali mereka mengakses Perakex, mereka akan melihat laman yang di kemaskini pada 22 Januari 2010. Dimana artikel “Dimana Allah Berada” pada muka depan.

Aku mengandaikan bahawa IP mereka telah di block dari mengakses Perakex. Salah seorang dari mereka mencuba laman Penarik Beca dan Tukar Tiub dan mendapati perkara yang sama berlaku dimana dia mengakses laman lama. Dia kemudian mencuba menggunakan komputer CC dan tak ada masalah. Kesimpulannya, IP beliau telah di halang dari mengakses laman-laman blog pro-PR yang utama.

Blog-blog pro-PR semakin mendapat perhatian kebelakangan ini dengan jumlah pengunjung yang meningkat dengan begitu banyak. Tetapi harus berhati-hati kerana kita tidak mahu apa yang berlaku kepada Suara Keadilan Online pada tahun 2008 berlaku kepada blog-blog pro-PR.

Aku bukan pakar dalam blog, tetapi kenaikan pengunjung yang mendadak menyebabkan beberapa blog di gantung oleh Blogspot seperti yang berlaku kepada blog Matsamankati aku dulu. Begitu juga dengan blog Notoumno kepunyaan Radenjowo.

Aku perhatikan, beberapa blog naik dengan mendadak. Blog Albanjari meningkat dengan cepat. Begitu juga dengan blog Penarik Beca yang sudah lebih popular dari blog Anwar Ibrahim. Sekiranya itu satu kenaikan yang normal kerana pengunjung semakin meminati blog tersebut, tak apa..aku ucapkan tahniah. Tetapi apa yang aku risau, bila tiba masa yang diperlukan untuk menghadapi pilihanraya, blog hangpa kena suspend. Buat back-up dan lakukanlah apa yang patut.

Najib sanggup menghabiskan ratusan juta untuk menutup blog pembangkang dengan mengimpt pakar-pakar IT dari India. Apa macam kalau pakar-pakar IT dan hackers dari Malaysia pula bergabung melawan Umno? Ada sapa-sapa nak cadangkan?

Sementara itu, perkhidmatan Streamyx dan CELCOM semakin teruk. Semalam, sehari suntuk aku tak boleh nak access internet di Kuala Kangsar. Mungkin selepas ini, Telekom dan CELCOM juga akan menjadi sebahagian dari jentera pilihanraya BN.

Hari ini, seramai 50 orang telah ditahan dibawah ISA (Malaysiakini)

Fifty individuals, including university students and a few foreigners, have been nabbed nationwide under the Internal Security Act in an apparent counter-terrorism blitz.

According to Abolish ISA Movement (GMI) lawyer Edmund Bon, the 50 were detained last Thursday and taken to Bukit Aman federal police headquarters.

Apa pula selepas ini?>>>perakexpress<<<

umno akan lakukan apa saja untuk menjahanamkan negara sendiri!!!

* PerakEx PRESS * PerakEx Top Blogs Awas! BN mula mengganas

Apa pula selepas ini?

Rais ubah pendirian, Anduka perlu didakwa

Penulis blog Anduka Taruna yang didakwa menghina Almarhum Sultan Johor Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, perlu membuat permohonan maaf secara formal di hadapan Hakim Mahkamah yang akan membicarakan kesnya kelak.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim berkata blogger itu juga boleh memohon maaf secara formal kepada keluarga Diraja Johor sendiri.

"Jika seseorang itu ingin memohon maaf mereka boleh buat secara formal di yang merupakan satu faktor mitigasi di mahkamah. Memohon maaf kepada diraja pula soal di luar undang-undang, (dan) terserahlah kepada budi pihak diraja berkenaan sama ada menerima atau tidak. Tetapi lunas undang tetap harus berjalan," katanya pada satu sidang akhbar hari ini.

Penulis blog berusia 29 tahun itu dilaporkan telah menyerah diri di Ibu
Pejabat Polis Daerah Kota Baharu, pada Isnin lalu dan direman selama empat hari untuk pihak polis menjalankan siasatan.

Dia kemudian menyiarkan permohonan maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap keterlanjuran dirinya dalam blog itu dan menarik balik artikel yang dipersoalkan itu.

Rais sebelum ini berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

"Di bawah Seksyen 233, seseorang yang menghantar mesej ataupun seseorang yang menggunakan bahasa, menggertak atau menggunakan kelucahan atau menyakitkan
hati ataupun sabit dengan perlakuan yang boleh dikaitkan dengan hasutan, kesemuanya ini boleh dikemukakan oleh pihak yang mendakwa supaya kes tersebut dibawa terus ke mahkamah," katanya.

Beliau berkata sejumlah 352 kes telah disiasat oleh SKMM sepanjang tahun lalu dan dari angka tersebut 13 pertuduhan telah dibawa ke mahkamah, sama ada kerana kesalahan mengikut Seksyen 232 atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

"Kes-kes yang dikompaun ialah 38 dan jumlah denda atau kompaun yang diterima ialah RM460,000, manakala kes yang masih dalam siasatan ialah 174 dan kes yang memerlukan siasatan lanjut atas arahan timbalan pendakwa raya ialah 36," katanya.

Sejumlah 88 kes pula telah ditutup oleh pendakwa raya atas sebab-sebab tertentu, sama ada tidak cukup bukti ataupun atas budi bicara jabatan berkenaan, katanya.

"Ini termasuklah kes-kes di mana mereka yang telah terbabit mungkin telah memohon maaf ataupun dalam kes-kes tertentu pula didapati bahawa barang-barang yang disiasat itu tidak dapat menimbulkan pembuktian yang jelas.

"Jadi kesemua ini menunjukkan bahawa bidang bagi seseorang itu memohon maaf secara formal memang ada dan digalakkan tetapi itu hanya boleh dibuat semasa mitigasi hadapan dengan hakim atau pihak yang menghakimkan kes-kes tersebut dan juga sekiranya diterima oleh pihak-pihak tertentu seperti kes blogger yang
melibatkan pihak diraja kita di Johor," katanya.

Rais berkata SKMM telah diarah untuk bertindak tegas dalam menangani perkara itu selain menjalankan siasatan secara adil dan objektif.

Wednesday, January 13, 2010

Pelik tapi benar

Salam satu dunia. Jika lah yang membakar rumah ibadat di Malaysia ketika ini adalah orang Melayu beragama Islam (mintak jauh bai) atas isu penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam, mereka-mereka ini sudah tersilap bakar. Kahar yang mengaku Rasul bagi orang-orang Melayu juga menggunakan kalimah ALLAH bila berdakwah kepada mad'u mereka. Ajaran ini sesat. Malah menyesatkan. Tetapi mengapa NGO-NGO Melayu Islam yang membantah paper The Herald guna nama ALLAH tidak membantah Kahar rasul Melayu atas maksud yang sama ?? Sebab Kahar masih Islam ?? Sebab anak dara Kahar cun ?? Sebab Kahar orang Melayu ??

Hak alah. Mangkuk jamban lagi cantik dari muko kau.

Ada lagi satu makhluk angkasa yang juga menggunakan kalimah ALLAH dalam usaha dakwahnya kepada orang Melayu. Tapi ini lebih mangkuk. Dia guna kalimah ALLAH atas maksud menghina. Sudahlah pergi ke langit tumpang kapal angkasa Dr. Sheikh Muszaphar (kapal angkasa Amerika pulak tu), mengaku sudah menjadi Tuhan. Orang macam inilah yang korang patut bakar hidup-hidup.

Ha Ha Ha. Memang poyo mamat ni. Polis sampai sekarang tak dapat tangkap. Macam mano nak tangkap, dio tertinggal kek tandas makmal angkasa NASA.

Friday, January 1, 2010

Tak payah buang masa Musa Hasan, sila jawab!

I am eagerly awaiting 2010 when I can start releasing the documents on corruption involving various Ministry of Defence contracts. Meanwhile, as we celebrate New Year’s Eve tonight, get a load of what the IGP has been up to in this Statutory Declaration by a Chinese underworld figure. Hey, even the crooks are calling the IGP a crook. And there is more.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails