Wednesday, December 30, 2009

Isu MB: Pakatan nafi anjur perhimpunan tapi mahu DUN perak dibubarkan


PETALING JAYA, Dis 30 – Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menafikan khabar angin Pakatan Rakyat (PR) negeri itu akan menganjurkan perhimpunan untuk mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya meletakkan jawatanya sebagai menteri besar esok.

“Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan.

“Suka ditegaskan di sini bahawa prinsip Pakatan dalam isu jawatan Menteri Besar Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak,” kata beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan di blognya hari ini, Khalil berkata beliau juga mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan SMS dan berita tidak berasas langsung itu.

Sehubungan itu, beliau juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan terperinci mengenai siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita dianggap satu provokasi dan fitnah terhadap PR Perak.

“Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu.

“Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan,” katanya.

Khalid juga berkata beliau berharap semua penyokong PR tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro-BN.

“Dan, saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam media parti yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Jakim: Gerhana bulan separa dijangka Jumaat ini


PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama

Thursday, December 10, 2009

Pakatan Pahang tetap mahu Bajet 2010 dibentang semula

KUANTAN, Dis 10 — Pakatan Rakyat (PR) Pahang tetap mahu kerajaan negeri membetulkan kesilapan teknikal yang dikhuatiri boleh menjejaskan status Bajet 2010 dengan segera membentangkannya semula di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi II Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Azan Ismail berkata, apa yang dibangkitkan pihaknya bukan isu politik.

Oleh itu kata Azan, menjadi satu sikap tidak betul jika Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak balas secara politik sedangkan apa yang dibangkitkan merupakan isu pentadbiran dan undang-undang semata-mata.

“Sama ada mahu dibentang semula atau tidak, itu terpulang kepada Adnan,” kata Azan yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tegas Azan, yang penting pembetulan dokumen Bajet 2010 Pahang mesti dilakukan di DUN bukannya di luar.

Azan mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini sambil memberitahu bahawa dokumen Bajet 2010 Pahang juga telah diteliti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen kelmarin, yang kemudiannya mengesahkan dakwaan beliau.

“Dokumen Bajet 2010 Pahang, dari kulit ke kulit, termasuk lampiran yang dikepilkan itu bersifat embargo, ia dikawal oleh Akta Acara Kewangan. Maksudnya, keseluruhan isi bajet ini termasuklah lampirannya mempunyai kesan undang-undang,” katanya.

Azan turut melahirkan rasa kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Adnan semalam.

“Tidak perlu beremosi, tidak payahlah sampai mengoyak lampiran tersebut,” kata beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi juga memberi komen yang senada.

PAS Pahang menurut beliau, kekal menuntut mahu supaya satu sidang DUN khas dipanggil dalam masa terdekat ini.

Tuan Ibrahim juga menegur sikap Adnan yang sering memandang mudah dalam banyak hal, termasuk perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

“Peraturan tetap peraturan dan Nazri, sebagai menteri yang menjaga undang-undang telah memberi pandangan undang-undangnya iaitu tiada cara lain membetulkan kesilapan dokumen bajet tersebut melainkan melalui satu Sidang DUN khas,” katanya.

Tuan Ibrahim turut melahirkan rasa risau jika Adnan dengan sikap pandang mudahnya berkeras mahu melaksanakan Bajet 2010 Pahang dan peruntukan perbelanjaan itu masih dipertikaikan kesahihan.

“Selagi sidang DUN khas tidak dipanggil untuk membuat pembetulan tersebut, maka selagi itulah Bajet 2010 Pahang adalah bajet yang belum disahkan, dan pelaksanaannya tanpa pengesahan sudah tentu akan membabitkan banyak implikasi undang-undang,” katanya lagi.

Dokumen Bajet 2010 Pahang yang dibentangkan pada pertengahan bulan lalu telah menjadi isu kerana didakwa tidak sah ekoran kesilapan tarikh semakan.

Azan telah menggesa supaya satu sidang DUN khas dipanggil untuk pembetulan dan pembentangan semula bagi membolehkan bajet tersebut dilaksanakan pada tahun hadapan.

Semalam, Adnan memberitahu Bajet 2010 Pahang tidak perlu dibentangkan semula kerana Ringkasan Penyata Kewangan tersebut hanyalah lampiran yang dikepilkan sedangkan Buku Laporan Penyata Kewangan Negeri Pahang, yang dirujuk untuk membuat ringkasan tersebut adalah dokumen berasingan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Beliau dikatakan mengoyak lampiran Ringkasan Penyata Kewangan dalam Bajet 2010 negeri tersebut yang didakwa tersilap tarikh.

umrah





hj mat ali bin ludin atau dikenali penduduk setempat dengan panggilan pakjang..akan ke mekah pada 16 disember ini untuk menunaikan ibadah umrah..moga belia selamat pergi dan balik ke kg halaman..amin

Wednesday, December 9, 2009

Johari: Dr Mahathir eksploitasi BTN, saya sudah bertaubat


KUALA LUMPUR, Dis 9 — Sambil menegaskan bahawa Biro Tata Negara (BTN) tidak relevan dalam arus pembangunan semasa, bekas Pengarahya Datuk Johari Abdul berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menggunakan wang rakyat atas nama biro itu untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Kata Johari, sebenarnya tidak ada apa yang silap dengan agensi itu tetapi menegaskan, sukatan BTN perlu dikaji semula kerana ia tidak disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Bekas ahli Umno itu menambah parti itu mempunyai segala hak untuk menghadapi musuh-musuh politiknya dalam apa jua cara sekalipun.

“Tetapi jangan gunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu. Biar anda biaya sendiri,” katanya.

“Kalau Umno ada jabatan latihan, gunakan wang sendiri, OK tiada masalah. Tetapi jangan menggunakan wang rakyat... hendak kritik pembangkang OK, selagi ia tertakluk dalam undang-undang negara.

“Tetapi yang salah ialah apabila BTN diperuntukkan RM64 juta bagi tahun 2010 (peruntukannya digunakan untuk anjur program kritik pembangkang),” kata beliau pada Forum Adakah Biro Tata Negara Relevan Untuk Perpaduan Negara di sini malam tadi.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64 juta di bawah Bajet 2010 untuk BTN. Pembangkang menggesa BTN ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan sukatan BTN akan dikaji semula ekoran kritikan pelbagai pihak.

Malah Nazri juga mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis apabila mempertahankan BTN.

Malah beberapa pemimpin Umno mempertahankan operasi BTN.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mengakui bahawa beliau pernah menjadi mangsa kecaman dalam kursus BTN selepas keluar Umno akhir 1980-an.

Johari yang kini merupakan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani berkata, beliau menyedari tentang penggunaan BTN untuk tujuan politik semasa kepimpinan Dr Mahathir.

“BN menggunakan BTN dengan sepenuhnya untuk melakukan serangan peribadi. Ia menjadi ketara selepas 1998 (apabila Anwar dipecat) digunakan untuk memfitnah Lim Kit Siang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim seolah-olah mereka tidak patut berada di Malaysia,” katanya.

Johari yang mengetuai BTN selama empat tahun sebelum meninggalkannya pada 1990 berkata, beliau akhirnya “bertaubat” dengan apa yang berlaku.

“Saya tahu, tetapi saya sudah bertaubat sekarang,” katanya.

Kata Johari, pada awalnya beliau sedar akan kekurangan-kekurangan yang wujud tetapi tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan “pengaruh” Dr Mahathir ketika itu.

Johari memberitahu ketika ditubuhkan pada 1970-an BTN hanya merupakan satu unit di Kementerian Belia dan Sukan, yang dibentuk untuk mengawal gerakan Islam yang menentang kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Universiti Malaya.

Ketika itu ia diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pegawai kerajaan.

“Dan apabila Abdullah menjadi ahli politik sepenuh masa, badan itu secara rasmi menjadi BTN dan tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan di kalangan pelajar Melayu dengan memasukkan idea-idea ketuanan Melayu,” kata Johari.

Bagaimanapun apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, BTN digunakan sepenuhnya untuk tujuan politik Umno-BN.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

“Salah satu kursus yang diberikan kepada peserta Melayu ialah mempertahankan kerajaan Umno-BN dalam apa jua cara sekali. Jika kerajaan Umno-BN jatuh, orang Melayu disemai fikiran bahawa mereka akan menjadi hamba di negara sendiri,” katanya.

“Dan keadaan menjadi semakin buruk apabila Anwar dipecat oleh Dr Mahathir dan BTN digunakan dengan sepenuhnya untuk mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang,” kata beliau lagi.

Tuesday, December 8, 2009

Apakata mereka tentang PAFA? Rampas kuasa!







8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.

Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.

Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.

Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.

Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.

Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.

Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.

Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta. ajijoi

DS Nizar akan berada di Bukit Gantang pada 12 Disember ini.Jadual adalah seperti berikut:









6.00 pagi- Kuliah Subuh di Surau Taman Kaya


9.00 pagi-Rasmi Majlis Berkhatan Rakyat di Trong

1030 pagi-Bertemu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang

12-3.00 petang- Ke Majlis Perkahwinan Rakyat

4.00 petang- Bergerak ke Kuala Lumpur

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz: Umno makin lemas, lupakan Kelantan

KUALA LUMPUR, Dis 6 — Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.

"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.

"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.

"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.

Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya," kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.

"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.

Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.

"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.

Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.

Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia, kata beliau lagi.

Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.

"Saya penat," katanya ringkas.

Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

>the malaysia insaider<

Saturday, November 28, 2009

MENTERI BESAR SAH: ZAMBRY TETAP MENTERI BESAR HARAM




Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) kesal kemelut Persatuan Bolasepak Negeri Perak di ambil kesempatan oleh Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuma memburukkan Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin di dalam perkara ini.


Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya. Belum ada jaminan semua janji-janji Datuk Seri Zambry ini boleh digunapakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar yang sah lagi.

Apa yang cuba Datuk Seri Zambry lakukan kini adalah bersifat menyerang semua reputasi Datuk Seri Nizar secara peribadi disemua keadaan walaupun Datuk Seri Nizar lah yang telah menyelamatkan Persatuan Bolasepak Negeri Perak dari terus dilanda hutang lapuk disamping menjaga kebajikan pemain dan kakitangan. Dengan usaha beliau ini, andaian UMNO dan BN mungkin menyebabkan rakyat tidak lagi menyokong Pakatan Rakyat (PR) jika keputusan Mahkamah Persekutuan nanti berpihak kepada PR dan setelah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selepas itu.

DPPN Pk meminta rakyat supaya jangan terpedaya dengan usaha jahat Datuk Seri Zambry yang terus menerus memburukkan peribadi Datuk Seri Nizar walaupun di dalam sukan bolasepak. Datuk Seri Zambry sepatutnya tidak menggunakan medan sukan ini untuk terus menambahkan kelukaan hati rakyat terhadap beliau.
















DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Friday, November 27, 2009

korban oh korban




ketua pemuda bt8





untuk agihan




sedang melapah lembu yang dikorbankan



lapah jangan x lapah



ini dia usahawan bundle

Thursday, November 26, 2009

Ahmad Yaakob: Nik Aziz tak perlu umum pengganti sekarang

Oleh Adib Zalkapli

PETALING JAYA, Nov 26 — Timbalan Mentri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob yang menerima sokongan dua Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri itu mengambil sikap rendah diri dengan menegaskan tidak perlu ada pelan peralihan sekarang yang memerlukan Mentri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menamakan penggantinya.

Oleh kerana Nik Aziz masih sihat, Ahmad yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan berkata, beliau boleh meneruskan kepimpinannya sebagai Mentri Besar.

“Tiada keadaan terdesak. Mentri Besar masih OK... boleh teruskan jawatan dia. Sebenarnya benda ini tak ada apa-apa,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Pandangan itu diberikan beberapa jam selepas Timbalan Pesuruhjaya III PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang turut bersetuju supaya Ahmad dilantik Mentri Besar menggantikan Nik Aziz kelak.

Pendirian yang serupa juga dilahirkan oleh Exco Kanan Kerajaan Negeri, Datuk Husam Musa semalam.

Husam berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Mentri Besar Kelantan untuk menggantikan Nik Aziz.

Mohd Amar dan Husam juga merupakan Exco Kerajaan Negeri.

Isnin lalu Mohd Amar mengesyorkan agar Nik Aziz menyatakan pelan peralihan pucuk kepimpinan kerajaan negeri dengan menamakan bakal penggantinya.

Mohd Amar berkata tanpa dipengaruhi mana-mana pihak, beliau secara peribadi menyatakan sokongan itu berdasarkan kedudukan Timbalan Mentri Besar itu sebagai pemimpin paling senior dalam kepimpinan kerajaan negeri itu.

Selepas 19 tahun mengetuai kepimpinan pentadbiran negeri, Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS kelmarin membayangkan sudah aha barisan pelapis yang bakal menggantikan beliau.

Bagaimanapun Nik Aziz enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Ketika mengulas lanjut, Ahmad berkata soal pemilihan pengganti Nik Aziz seharusnya melalui saluran parti.

“Bagi saya perkara ini mesti melalui saluran. Dalam parti ada forumnya, perkara ini tak mendesak, Tok Guru boleh teruskan,” tambah Ahmad.

Dalam pada itu, seorang lagi Exco Kerajaan Negeri Kelantan Abdul Fattah Mahmood berkata, perkara berkaitan pelan peralihan seharusnya diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Kita ada jawatankuasa pusat, ada dewan harian untuk bincangkan.

“Seelok-eloknya buat keputusan dalam mesyuarat dengan sama-sama semua kepimpinan,” katanya lagi.

malaysia insaider

gambar sekitar program cermelang pasti bt8 jalan trong







Tuesday, November 3, 2009

Ketua Kampung Kerajaan DS Nizar Lawan Kerajaan Zamri

Bicara Kes Ketua Kampung Pakatan Rakyat saman Kerajaan Haram Zamri di Mahkamah Tinggi Ipoh esok, pada 3 November.

Keputusan dijangka diputuskan pada pagi itu.Perbicaraan bermula pada pukul 10 pagi .Sehubungan dengan itu ketua kampung seramai 816 orang diminta hadir untuk memberi sokongan kepada jawatankuasa bertindak ketua kampung.

Ketua-ketua kampung diminta bermunajat serentak pada malam ini di kariah masing-masing.YDP Pas Bukit Gantang berharap perbicaraan esok membawa berita baik untuk negeri Perak.


ydp pas bukit gantang

BUKIT GANTANG AKAN ADA KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT

Ustaz Nordin Jaafar YDP Pas Kawasan Bukit Gantang akan berusaha bersama pimpinan PKR dan DAP Parlimen Bukit Gantang untuk mengadakan konvensyen Pakatan Rakyat.

"Kita mungkin meminta setiap parti menghantar 50 orang pimpinan mereka"kata Ustaz Nordin."Tempat mungkin boleh dibuat di Dewan MPT Changkat Jering.".kata Ustaz Nordin.

"Kita akan berbincang dan memuktamadkan pandangan" tegas Ustaz Nordin.YDP Pas Bukit Gantang ,Ustaz Nordin berharap segala resolusi Konvensyen Pakatan Rakyat Perak dapat diambil perhatian dan tindakan.

"DS Nizar aset bagi kita"ujar Ustaz Nordin."Jikalau Perak mendahului zaman,Bukit Gantang membina sejarah"tambah Ustaz Nordin lagi.

Dalam pada itu Ustaz Nordin mengharapkan semua lapisan masyarakat ,khususnya ahli Pas mengadakan munajat kehadrat Allah s.w.t supaya kes DS Nizar pada 5 November ini berjaya.

NIZAR LAWAN ZAMBRY: HANYA ARTIKEL 72 SEBAGAI BUKTI

Kenyataan Media (2 November 2009)

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) yakin Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kesahihan sebarang prosiding di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana-mana negeri tidak boleh dipersoalkan oleh mana-mana mahkamah adalah bukti yang kukuh tentang kedudukan Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sebenar dan sah di sisi Undang-Undang kerana penggugurannya telah di buat di luar DUN
Perak.

Mahkamah Persekutuan yang akan mendengar rayuan Mohammad Nizar pada 5 November ini mesti berpandukan kepada Artikel 72 ini kerana hanya keputusan yang dibuat melalui usul dan undian tidak percaya sahaja kepada Menteri Besar di dalam DUN Perak akan melucutkan jawatan tersebut. Perkara yang mesti ditekankan adalah keputusan yang mesti diluluskan di dalam DUN dan bukannya di luar bidang kuasa DUN itu sendiri.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa Hakim-Hakim yang akan diberikan mandat untuk membuat keputusan bagi rakyat Perak seluruhnya akan membuat satu keputusan yang adil demi demokrasi di dalam Negara kita yang dicintai ini. Akan menjadi satu sejarah yang akan rakyat dan dunia akan melihat keputusan yang akan di buat oleh Hakim-Hakim tersebut kelak.

Jesteru, DPPN Pk meminta seluruh rakyat yang cintaikan demokrasi supaya bermunajat kepada Tuhan demi keputusan yang terbaik untuk rakyat Perak. Untuk yang beragama Islam, DPPN Pk meminta supaya menunaikan Solat Hajat dan Berpuasa Sunat untuk kita sama-sama memastikan keputusan berpihak kepada kebenaran dan keadilan.

DR. RAJA AHMAD AL-HISS
Setiausaha,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Thursday, October 22, 2009

sejarah mti bt 8

Sejarah Penubuhan


Penubuhan Kelas Pengajian Agama & Al Quran... Pada tahun 1958, hasil kesedaran

betapa pentingnya ilmu agama kepada generasi muda, engasas Maahad yang terdiri daripada

Ustaz Hj Salleh, Ustaz Abdul Samad, Ustaz Omar, Ustaz Abdul Muin Tahir dan penduduk

Kampung Senduk telah membina dan merealisasikan Kelas Pengajian Agama & Al Quran yang

bertempat di sebelah bangunan surau kampung ini. Dari dulu hingga sekarang Pada tahun 1959,

masyarakat Kampung Senduk telah menubuhkan jawatankuasa yang bertanggungjawab

kepada perjalanan dan Kemajuan Kelas Pengajian Agama & Al Quran. Pembinaan bilik darjah

yang merupakan bangsal beratap rumbia merupakan titik tolak terpenting pembangunan

institusi ini. Pada tahun yang sama, kelas ini telah ditukar namanya menjadi Taman Didikan Islam.

1961 
Memperkenalkan mata pelajaran akademik selaras dengan kurikulum
Kementerian Pelajaran. Pengiktirafan sebagai sekolah menengah rendah oleh
kerajaan negeri.
1964
Perpindahan ke lokasi baru, bersebelahan jalan besar Trong.Perasmian
bangunan oleh YAB Dato’ Ahmad Said, Menteri Besar Perak ketika itu. 
1967
Tahun pertama Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
1974
Pengiktirafan sebagai sekolah Menengah Agama Islam Perak.
Penukaran nama kepada Sekolah Menengah Agama Taman Didikan Islam ( SEMADI ).
1976
Kumpulan pertama menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
1977
Kumpulan pertama menduduki Sijil Persekolahan Peringkat Thanawi.
Menjadi pusat peperiksaan. Tingkatan Enam jurusan Syariah dibuka. 
1978
Mula menyediakan asrama pelajar. Penubuhan Persatuan
Ibu Bapa & Guru (PIBG).
1980
5 pelajar yang menduduki STP berjaya ke universiti tempatan.
1982
Penukaran nama kepada Maahad Al Tarbiah Al Islamiah. Bilangan
pelajar mencapai 800 orang. Pembinaan Asrama Ahmadiah, Musolla
dan dewan serbaguna hasil sumbangan individu dan orang ramai.
1987
Kursus Bahasa Arab Daurah Ta’lim Al Lughah Al Arabiah anjuran
bersama Universiti Islam Madinah. Pengiktirafan Universiti Islam
Madinah bagi pelajar Maahad menyambung pelajaran ke universiti
tersebut.Pelajar – pelajar Maahad mula membanjiri institusi pengajian di
Arab Saudi, India, Jordandan lain-lain.
1988
Sambutan Perayaan Jubli Perak.

sumber : web mti

Tuesday, October 20, 2009

Umno dan reformasi

Tamat sudah perhimpunan agung tahun ini bagi parti Melayu terbesar, United Malay National Organisation (Umno). Selepas 52 tahun Semenanjung Malaysia bebas dari penjajahan dan 46 tahun Malaysia didirikan, Umno masih lagi merupakan parti yang menjadi tunjang pemerintahan negara.

Dalam perhimpunan kali ini, isu utama yang menjadi perbincangan ialah “Reformasi” yang dilaksanakan oleh parti tersebut. Isu reformasi dan perubahan dalam parti tersebut menjadi hangat dibincangkan selepas Umno merasakan jika mereka tidak berubah, tidak mustahil akan mengikut jejak langkah parti Liberal Democratic Party (LDP) yang tersungkur baru-baru ini dalam pilihanraya umum di Jepun baru-baru ini.

Perwakilan Umno telah bersetuju untuk membuat pindaan perlembagaan parti tersebut secara sebulat suara. Dalam tempoh masa kira-kira satu jam sahaja, tujuh usul dipersetujui tanpa sebarang bantahan.

Usul-usul tersebut ialah:

• Penambahan jumlah perwakilan kepada 146,500 anggota bagi pemilihan pimpinan tertinggi Umno dan barisan pemimpin peringkat bahagian. Melalui usul pindaan ini juga, semua ketua sayap parti peringkat cawangan dicadangkan menjadi perwakilan secara automatic;

• Memperkenalkan sistem pendaftaran menggantikan sistem kuota pencalonan. (Syarat minimum untuk menjadi calon akan ditetapkan oleh Majlis Tertinggi Umno);

• Pelantikan wakil Pergerakan Wanita untuk mengisi kerusi jawatankuasa peringkat cawangan, bahagian dan MT (Pindaan ini menjadikan jumlah anggota yang dilantik bertambah, iaitu bagi MT daripada 12 kepada 13 orang, anggota jawatankuasa peringkat bahagian daripada tujuh kepada lapan orang, dan jawatankuasa cawangan daripada lima kepada enam orang);

• Pemilihan bagi peringkat bahagian dan pucuk pimpinan tertinggi akan diadakan secara serentak, dan dengan itu sebuah;

• Jawatankuasa Pemilihan Umno akan ditubuhkan untuk menyelia dari segi logistik dan kos. (Anggota jawatankuasa akan dilantik Presiden parti);

• Penghapusan yuran tahunan keahlian dan digantikan dengan yuran seumur hidup;

• Memberi mandat kepada ketua-ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri peringkat cawangan untuk mengesahkan keahlian baru; dan

• Mengiktiraf setiausaha bahagian sebagai perwakilan ke Perhimpunan Agung Umno secara automatik. Pindaan perlembangan yang dilakukan ini adalah diantara usaha Umno untuk menjadikan parti tersebut kembali popular dikalangan rakyat. Persepsi rakyat bahawa parti Umno adalah parti bangsawan ingin dihapuskan.

Umno bukan parti bangsawan?

Semenjak ditubuhkan, Umno kini mempunyai tujuh orang presiden. Bermula dengan DatukOnn Jaafar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan yang terkini Datuk Seri Najib Razak. Daripada enam orang bekas presiden diatas, hanya Tunku Abdul Rahman yang tidak meninggalkan anak atau menantunya dalam Umno sebagai warisan. Selebihnya semua meninggalkan anak atau menantu mereka untuk menjadi pemimpin Umno pada masa akan datang.

Onn meninggalkan Tun Hussein Onn. Razak meninggalkan Perdana Menteri Malaysia terkini, Datuk Seri Najib Razak. Hussein meninggalkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Dr Mahathir meninggalkan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir. Manakala Abdullah meninggalkan menantunya yang kini menjadi Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Selepas Najib, jawatan presiden Umno, jika mengikut tradisi Umno, nama-nama seperti Hishammuddin, Mukhriz dan Khairy akan bergilir-gilir mengambil alih jawatan tersebut.

Bukan bangsawankah ini?

“Kitaran bangsawan”

Dalam ucapan presiden Umno, Najib dalam perhimpunan agung parti tersebut baru-baru ini, beliau mahukan Umno kembali menjadi parti pergerakkan massa dan bukannya parti golongan bangsawan dan elitis seperti sekarang.

Memang benar satu ketika dahulu, ketika Malayan Union ditentang, ahli-ahli Umno kebanyakkannya terdiri daripada rakyat bawahan. Akan tetapi, fakta yang tidak dapat disanggah adalah parti Umno dipimpin oleh golongan bangsawan.

Amalan tersebut kekal sehingga hari ini. Maka persepsi bahawa hanya golongan “bangsawan” yang akan memimpin Umno sukar untuk diubah selagi Umno membuktikan bahawa “rakyat biasa” boleh diangkat untuk menjadi presiden Umno.

Dalam sejarah Umno, hanya Dr Mahathir berjaya melepasi rintangan bangsawan ini. Selepas beliau, Umno kembali dengan kitaran “bangsawan”nya. Abdullah adalah anak kepada Ahmad Badawi dan cucu kepada Abdullah Fahim, seorang ulamak yang menjadi penasihat kepada perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Manakala, Najib pula adalah anak kepada perdana menteri kedua, Razak. Sebab itulah rakyat kini tunggu dan lihat apakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan berjaya menggantikan Najib untuk menjadi presiden Umno?

Perubahan dalam Umno sedikit sebanyak memberikan keyakinan kepada parti tersebut untuk bersaing dengan parti-parti pembangkang pada masa akan datang. Kemenangan besar Tan Sri Isa Samad di Bagan Pinang baru-baru ini memberikan sedikit “suntikan moral” selepas Umno tewas dalam banyak pilihanraya kecil selepas PRU 8 Mac.

Cetak rompak

Jika dilihat dari sejarah. Umno seringkali berubah mengikut kehendak semasa. Ketika parti-parti kiri popular sekitar tahun 60an dan 70an dahulu, Razak memperkenalkan program-program “sosialis” seperti Felda dan menggunakan nama-nama jargon kiri seperti Bank Rakyat.

Ketika majoriti orang-orang Melayu mahukan Islam, Dr Mahathir dengan tenangnya, menyatakan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam.

Kini, ketika golongan muda tidak mahukan lagi rakyat didiskriminasikan mengikut kaum dan agama dan Pakatan Rakyat menjadi popular kerana dasar mereka yang mahukan rakyat Malaysia tidak dibeza-bezakan mengikut kaum dan agama, Najib memperkenalkan Gagasan 1 Malaysia.

Sejarah pilihanraya lalu juga menyaksikan bagaimana Umno yang kehilangan sokongan orang-orang Melayu pada Pilihanraya 1999 bangkit kembali dan menang dengan begitu besar dalam PRU 2004. Walaupun banyak terdapat “masalah” dalam pilihanraya tersebut, “swing” undi rakyat memang kembali kepada mereka.

Pakatan kini telah memerintah beberapa buah negeri. Perak telah dirampas kembali tetapi Pakatan masih lagi mempunyai Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang. Jika dalam tempoh sehingga PRU 13 ini, Pakatan masih belum mampu untuk melaksanakan program-program yang konkrit untuk mereka tawarkan kepada rakyat Malaysia, tidak mustahil trend PRU 2004 akan berulang.

Bak kata orang-orang tua, bekerjalah seolah-olah PRU akan diadakan pada esok hari. Janganlah sampai terlalu berkhayal untuk menjadi menteri dengan andaian Pakatan berjaya mengambil alih Putrajaya pada PRU 13.

*pertama kali tersiar di The Malaysian Insider

SPEAKER HALAL vs SPEAKER HARAM

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Motto 1 Malaysia yang dicanangkan oleh Najib nampaknya tidak berlaku di Perak. Di Perak rakyat disajikan dengan dua Menteri Besar iaitu MB halal ( Nizar ) dan MB haram ( siapa lagi kalau bukan Zambry ) Seterusnya Speaker halal ( V.Sivakumar ) dan Speaker haram ( R. Ganesan ).

Kewujudan dua MB dan dua Speaker di Perak adalah hasil kraftangan Najib sendiri. Beliaulah yang tanpa segan silu merompak Kerajaan sah Perak yang diterajui oleh Pakatan Rakyat ( PR ) .

Dari segi undang-undang dan Perlembagaan, Najib dan Umno sedar bahawa mereka tidak mampu berhujah untuk melawan V. Sivakumar. Kuasa Sivakumar sebagai speaker DUN Perak yang sah adalah terlalu jelas dan luas. Tetapi memandangkan Najib dan Umno bukanlah spesis yang ada maruah dan harga diri mereka menggunakan ( baca salah guna ) apa sahaja kuasa yang ada untuk menjatuhkan Sivakumar

Apa yang Najib dan Umno tidak lakukan untuk menjatuhkan Sivakumar.

Mula-mula Umno guna SPR untuk mengenepikan keputusan Sivakumar yang memutuskan kerusi tiga “katak” telah kosong. Apabila Sivakumar menggantung Zambry dan enam exconya yang haram Umno guna pula polis untuk soal siasat Sivakumar. Tidak cukup polis , Umno guna pula SPRM untuk soal siasat Sivakumar. Apabila polis dan SPRM tak jalan, Umno guna pula Mahkamah . Kita tentu tidak lupa usaha Umno yang menghalang Sivakumar untuk guna khidmat peguamnya sendiri bagi mewakili beliau. Malahan apabila Sivakumar mahu mewakili diri sendiri peguam Umno juga membantah.

Tidak cukup guna SPR, Polis , SPRM dan Mahkamah untuk mengenepikan Sivakumar sebagai speaker yang sah dan halal , Umno tanpa rasa malu dan bermaruah tergamak menggunakan cara yang paling kurang ajar dan paling tidak bertamadun melucutkan kuasa Sivakumar sebagai speaker DUN Perak yang sah pada 7 Mei 2009 yang lalu.

Demi kuasa Umno tergamak salahguna polis untuk mengangkat Sivakumar ( dengan kerusinya sekali ) dan mengurung beliau dalam stor. Kerana kuasa Umno lupa bahawa jika sekalipun mereka ingin melucutkan kuasa Sivakumar sebagai speaker , Umno tidak boleh sama sekali megusir Sivakumar dari dewan persidangan DUN Perak . Sivakumar adalah wakil rakyat atau ADUN yang sah , justeru itu beliau layak berada di dalam dewan persidangan.

Tanpa segan silu Umno tergamak langgar Perlembagaan dan amalan Perlembagaan ( constitutional convention ) apabila melantik V. Ganesan sebagai speaker yang haram pada 7 hb Mei 2009 yang lalu.

Dari sudut undang-undang dan amalan Perlembagaan segala urusan rasmi sidang DUN Perak ( order of business ) hanya boleh dibuat setelah persidangan DUN Perak dengan secara sah membuka urusan rasmi tersebut ( had lawfully opened for business ).

Jika dilihat kepada Standing Orders bagi DUN Perak tiada peruntukkan secara jelas berkaitan dengan persidangan DUN Perak pada 7 Mei tersebut. Oleh itu berdasarkan Standing Order No 90 amalan-amalan di Parlimen di Negara-Negara Komenwealth boleh digunapakai sekiranya Standing Orders tidak mempunyai peruntukkan yang jelas .

Buku Erskine May’s Treatise on the Law, Privileges, Proceedings and Usage of Parliament adalah satu buku yang selalu dirujuk dalam isu-isu yang berkaitan dengan prosedur Parlimen di negara-negara Komenwealth. Di dalam buku tersebut pengarang telah menyatakan

“ Dalam mana sessi Parlimen kecuali sessi Pertama ( Pembukaan ) Parlimen , sessi dikira bermula dengan ucapan Raja England ( Queen ) . Sehingga sidang diisytiharkan mula oleh Raja kedua-dua Dewan tidak boleh mulakan sebarang urusan awam yang rasmi. Amalan ini diikuti kerana tiada mana-mana urusan di Parlimen boleh dijalankan sehingga Parlimen itu sendiri dibuka secara rasmi oleh Raja ( no business can be transacted until Parliament has been opened by the Crown)"

Selanjutnya di dalam buku Halsbury’s Laws of England di bawah tajuk (v) Proceedings at the Opening of Parliament ... 713 The Queen’speech dinyatakan seperti berikut

“ Tiada mana-mana Dewan boleh meneruskan apa-apa urusan awam sehinggalah sesuatu sessi itu telah dibuka oleh Raja secara sendiri atau melalui Pesuruhjaya Lord yang bertindak bagi pihak Raja ( Queen ).”


Di dalam buku Griffith and Ryle on Parliament : Functions, Practice & Procedures.” (2nd Ed. 2003) pengarang tersebut juga menyatakan perkara yang sama

Di England, apabila Raja telah mula membuka sessi Parlimen ( di sebelah pagi ) maka urusan awam dan rasmi Dewan Rakyat ( House of Commons ) akan hanya dimulakan jam 2.30 petang.

Dalam konteks kes Perak pula adalah jelas pada 7 hb Mei 2009 ucapan Sultan Perak hanya dibuat pada jam 3.16 petang sehingga jam 3.47 petang. Maka dari segi undang-undang apa sahaja urusan rasmi DUN Perak ( termasuk usul untuk memecat Sivakumar dan melantik Ganesan ) hanya boleh dibuat selepas jam 3.47 petang.

Namun Umno dengan kesombongan dan kebodohan mereka telah mengangkat dan mengusir Sivakumar dan seterusnya melantik Ganesan sebagai speaker haram sebelum sessi DUN Perak bermula iaitu sebelum ucapan Raja Perak dimulakan pada jam 3.16 petang

Oleh itu sebarang resolusi atau usul yang diluluskan oleh Umno pada sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 termasuklah usul memecat speaker yang sah dan halal dan melantik speaker yang haram adalah tidak sah.

Tidak cukup Ganesan telah dilantik secara tidak sah, Umno sekali lagi melakukan kesilapan bodoh apabila gagal memastikan Ganesan meletakkan jawatan sebagai peguambela dan peguamcara dalam masa 3 bulan daripada tarikh beliau dilantik sebagai speaker yang haram iaitu pada 7 Mei 2009.

Ganesan hanya memfailkan Notis Pemberhentian sebagai peguam dan menghantar Surat Akuan Sumpah pada Majlis Peguam pada 17 Ogos 2009 sedangkan di dalam Perlembagaan Perak beliau sepatutnya berhenti menjadi peguam sebelum 7 hb Ogos 2009.

Memandangkan Ganesan adalah speaker yang haram maka tindakan beliau memanggil sidang DUN Perak pada 28 Oktober 2009 ini adalah satu tindakan yang tidak sah dan tiada sebarang nilai di sisi undang-undang. Tapi jenis spesis Umno ni dia orang kisah ke pada benda-benda haram !!!

Wednesday, October 7, 2009

BIODATA CALON PR PRK N.31 BAGAN PINANG

Biodata Calon

Nama : Zulkefly Mohamad Bin Haji Omar
Tempat Lahir : Lenggeng, Negeri Sembilan
Tarikh Lahir : 14 Mei 1964 (45 tahun)
Nama Isteri : Saeiah bt Tarmizi
Bilangan Anak


:


6 orang (4 Lelaki 2 Perempuan)



Latar Belakang Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Sains (Master In Science –
  • Corporat Communication),
  • Universiti Putra Malaysia (UPM)
  • Ijazah Sarjana Muda (Komunikasi) UiTM


Latar Belakang Politik Dalam PAS
  • Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2007 - )
  • Mantan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan
  • (2005 – 2007)
  • Mantan Setiausaha Perhubungan PAS Negeri Sembilan
  • (2003 – 2005)
  • Mantan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat
  • (2001 – 2005)
  • Mantan Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan
  • (2004 – 2005)
  • Mantan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan
  • (2001 – 2004)
  • Mantan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Sembilan (1999 - 2001)
  • Mantan Penolong Setiausaha PAS Kawasan Seremban
  • (1998 – 2000)


Latar Belakang Kerjaya
  • Pengarah Urusan / Konsultan Syarikat
  • L & R Enterprise Sdn.Bhd
  • Mantan Pengurus Kanan (Perniagaan) –
  • IS Technologies Sdn.Bhd (1999 – 2004)
  • Mantan Ketua Bahagian
  • (Market Planning-C & B) – Telekom Malaysia
  • Mantan Eksekutif Perhubungan Korporat
  • Pusat Zakat Selangor
  • Mantan Pegawai Perhubungan Ko-operasi Celcom
  • Mantan Biro Perkhidmatan Angkasa


Latar Belakang Organisasi NGO
  • Pengerusi No Incinerator Broga (Negeri Sembilan-Selangor)
  • Penasihat Persatuan Penduduk Tiang /
  • Sri Petaling, Jelebu Negeri Sembilan
  • Penasihat Kelab Penyokong PAS
  • (Mantin, Ulu Branang,Broga)
  • Timbalan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu
  • Cawangan Negeri Sembilan
  • Penasihat Persatuan Penjaja Ayam (Pasar Seremban)
  • Penasihat Jawatankuasa Bertindak Getco, Jelebu

Friday, October 2, 2009

Mansuhkan dulu PPSMI untuk martabatkan BM, kata Pak Samad

Usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kata seorang sasterawan negara.

Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.

"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.

Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."

"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.

Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang.

"Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.

"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu.

"Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang

Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.

"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.

Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan.

"Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.

Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik.

"Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya.

"Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya.

Thursday, October 1, 2009

syaitan janjikan manusia kepapaan, kesesatan

syaitan janjikan manusia kepapaan, kesesatan

IBLIS dan syaitan adalah musuh nyata manusia. Kedua-duanya termasuk kaum jin yang dijadikan daripada api sangat panas dan tergolong dalam spesies makhluk ghaib, iaitu tidak kelihatan dengan mata kasar manusia biasa, kecuali apabila ia menjelma dalam bentuk tertentu.

Syaitan dan iblis mempunyai empayar kerajaan yang besar, malah ada pihak mendakwa nisbah seorang manusia 99 jin, manakala satu jin 99 malaikat, menunjukkan banyaknya makhluk terbabit yang mempunyai tugas masing-masing.


Antara tugas syaitan ialah:

1. Menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Sebab itu Allah mengingati manusia supaya berwaspada dengan hasutan terbabit.

“Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Ia hanya menyuruh kamu melakukan kejahatan dan perkara yang keji, dan menyuruh kamu berkata dusta terhadap Allah, apa yang kamu tidak ketahui.” (al-Baqarah:168-169)

2. Menakut-nakutkan manusia. Syaitan juga bekerja menakutkan dan membimbangkan manusia, terutama berdepan persoalan rezeki, dengan hidup miskin dan susah.

“Syaitan itu menjanjikan kamu dengan kemiskinan dan kepapaan, dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji; sedangkan Allah menjanjikan kamu keampunan daripada-Nya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah kurnia-Nya, lagi Maha Mengetahui.” (al-Baqarah:268)

3. Menyesatkan manusia. “Tidakkah engkau melihat orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan dahulu daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut, padahal mereka telah diperintahkan supaya ingkar kepada taghut itu. Dan syaitan hendak menyesatkan mereka dengan kesesatan yang sejauh-jauhnya.” (an-Nisa’:60)

4. Menimbulkan permusuhan sesama manusia. Cara syaitan ialah menimbulkan syak wasangka, hasad dengki dan kebencian. “Sesungguhnya syaitan itu berkehendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan arak dan judi…” (al-Maidah:91)

5. Melalaikan dan menghalang manusia daripada mengingati Allah. “…dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat. Oleh itu, mahukah kamu berhenti?” (al-Maidah: 91)

6. Mencari calon penghuni neraka. “Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagimu, maka jadikanlah dia musuh; sebenarnya dia hanya menyeru golongannya supaya menjadi penduduk Neraka.” (Fathir:6)

7. Berusaha merayu manusia supaya mencintai dan memujanya. “Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam, supaya kamu jangan menyembah Syaitan? Sesungguhnya ia musuh yang nyata bagimu!” (Yasin: 60)

8. Disebabkan tidak senang dengan ketenangan manusia, syaitan mengada-adakan pelbagai onar, termasuk membisikkan sesuatu ke telinga dan hati manusia.

“Dari kejahatan pembisik, penghasut yang timbul tenggelam. Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia. Dari kalangan jin dan manusia.” (an-Nas: 4-6)

Tuesday, September 29, 2009

Pajak kereta import: Najib menampar muka sendiri?

Kerajaan mungkin menggantikan Proton Perdana V6 Executive dengan kereta mewah yang diimport sebagai kereta rasmi.

The Malaysian Insider memetik berita ini daripada sumber dalaman kerajaan, bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk menggantikan Proton Perdana V6 Executive yang lama, dengan kereta mewah yang diimport. Keputusan ini dibuat memandangkan pengeluaran model Perdana V6 bakal dihentikan pada tahun depan.

Sekali imbas, pemimpin BN pernah menyelar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor dan Perak kerana “tidak patriotik”, ekoran daripada keputusan untuk menukarkan kereta nasional dengan Toyota Camry sebagai kereta rasmi kerajaan. Malah, setelah rampasan kuasa, Menteri Besar Perak, Zambry Abdul Kadir melelongkan segera Toyota Camry yang belum genap tiga bulan digunakan kerajaan PR.

Keputusan menggunakan kereta import mewah sebagai kereta rasmi kerajaan seumpama meludah ke langit. Seandainya apa yang dilaporkan The Malaysian Insider itu benar, maka keputusan sedemikian memberi tamparan yang sengit buat kerajaan Najib.

Kontrak bernilai RM80 juta setahun

Sebagaimana yang diketahui, kereta import mewah tersebut termasuklah Mercedes Benz S class, BMW 5 series, Toyota Camry dan sebagainya. Kerajaan akan memajakkan kereta ini dari syarikat swasta, Spanco Sdn Bhd untuk tempoh empat tahun.

Spanco Sdn Bhd adalah salah satu “produk” projek penswastaan, menawarkan perkhidmatan pajakan dan pembaikan kereta untuk kerajaan. Perjanjian konsesi untuk tempoh 25 tahun ini (sehingga tahun 2018) bernilai RM80 juta setahun.

Menurut sumber dalaman kerajaan tersebut, bayaran pajakan kereta baru adalah lebih rendah, maka akan mengurangkan kos pada peringkat awal (initial cost). Namun, Spanco Sdn Bhd boleh mempertingkatkan kadar bayaran perkhidmatan pengendalian kemudiannya, dan ia mungkin mengakibatkan matlamat kerajaan untuk berjimat tidak kesampaian.

Sementara itu, The Malaysian Insider memetik dari sumber dalaman kerajaan, bahawa hakim telah memutuskan untuk menggunakan kereta Mercedes Benz. Kereta tersebut telah mula dipasang di kilang dalam kawasan Parlimen Najib, Pekan.

Keputusan ini mencungkil dua kontradiksi yang nyata. Pertamanya, wakil rakyat BN pernah membidas keputusan kerajaan PR negeri Selangor dan Perak untuk menukarkan Perdana V6 kepada Toyata Camry sebagai tindakan yang tidak patriotik. Kerajaan negeri BN Terengganu turut berdepan dengan bantahan apabila memutuskan untuk membeli 14 buah kereta Mercedes Benz untuk menggantikan Perdana V6.

Spanco Sdn Bhd pernah dipertikai

Keduanya, pada tahun 2004, Kementerian Kewangan telah melantik syarikat perunding pengurusan bebas Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkajian perjanjian konsesi Spanco Sdn Bhd ini, kerana “bayaran harga yang terlalu tinggi” dikenakan terhadap kerajaan.

Menurut laporan Malay Mail, setelah dikaji semula, nilai perjanjian konsesi ini telah dikurangkan dari RM100 juta setahun kepada RM80 juta setahun. Kementerian Kewangan membuat keputusan untuk mengkaji semula program penswastaan ini setelah TPM ketika itu, Najib menyatakan bahawa “kerajaan akan mengkaji semula perjanjian konsesi yang tidak adil”.

Malah, Najib pernah berkata bahawa kerajaan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Oleh sebab itu, sekiranya kerajaan yang diterajui Najib memutuskan untuk”menggantikan Perdana V6 dengan kereta import”, maka langkah ini seolah-olah menampar muka sendiri.

Pada hakikatnya, pertikaian terhadap Spanco Sdn Bhd pernah diungkit dalam parlimen pada tahun 1998. Menurut Penyata Rasmi Parlimen ke-9, penggal keempat yang bertarikh 25 November 1998, Timbalan Menteri Kewangan ketika itu Wong See Wah pernah memberi perjelasan mengapa Spanco Sdn Bhd diberikan perjanjian konsesi tersebut.

Kebetulannya, Kementerian Kewangan juga melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk mengkaji program penswastaan tersebut. Bekas ahli parlimen, Nungsari bin Ahmad Radhi ketika itu mempertikai mengapa kerajaan melantik Tetuan Coopers & Lybrand untuk membuat penilaian selepas program itu dijalankan, dan bukan sebelumnya.

1998: Projek pajak kereta

Kerajaan mula memajakkan kereta dari syarikat Spanco Sdn.Bhd dan tidak lagi membeli kereta untuk pegawai tinggi dalam kerajaan pada tahun 1994. Namun, bekas PM Mahathir Mohamad memberhentikan program penswastaan ini selepas kemelut ekonomi tahun 1997. Pada tahun 1998, program ini diberi nafas baru atas alasan “mengkaji semula keperluan program penswastaan”.

Spanco Sdn Bhd dikuasai Tan Hua Choon, usahawan Cina yang terkemuka. Tan yang amat rapat dengan bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin (gambar di kiri), dilihat sebagai usahawan yang bangkit dengan dorongan kuasa politik pada zaman Mahathir. Hubungan antara Tan dengan Daim memberi lampu hijau kepadanya untuk menguasai beberapa sumber negara, termasuk saham beberapa syarikat tersenarai.

Selain anak Tan Hua Choon, Tan Han Chuan dan Tan Ching Ching, Lembaga Pengarah Spanco Sdn Bhd terdiri daripada Osman bin Mohd Daim, Abdul Rashid Harun, Hamzah Mohamad Salleh dan lain-lain. Hamzah Mohamad Salleh ialah Ketua Pegawai Eksekutif Spanco, sementara Osman bin Mohd Daim dan Abdul Rashid Harun sebagai rakan sepakat Tan Hua Choon dalam dunia perniagaan.

Sumber: Merdeka Review

Drs. Khalil : Bukan kerja orang PAS simbah cat pada gambar orang

Drs. Khalil bergambar bersama seorang pengunjung rumah terbuka tersebut.


BUKIT GANTANG, 27 Sept:- "Bukan kerja orang PAS simbah cat pada gambar orang", demikian antara penegasan Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim menafikan tuduhan ADUN Lintang gambar Dr.Zambry Abdul Kadir yang disimbah dengan cat oleh pihak PAS . Drs. Khalil memberi ucapan semasa menghadiri Hari Terbuka Ahli Parlimen Bukit Gantang, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin di Simpang di sini hari ini.

Beliau menyifatkan perbuatan tersebut adalah "baling batu sembunyi tangan" yang tidak ada kaitan sama sekali dengan PAS.

"Lawan kita adalah BN dan UMNO bukannya gambar" ucap Drs. Khalil sambil menerima tepukan dari para hadirin.

Beliau juga menjelaskan sejak Pakatan Rakyat memerintah di Perak semangat toleransi agama sangatlah baik dan perkara itu tidak ujud semasa BN memerintah. Sambil merujuk kepada Kerajaan Negeri Kelantan sebagai contoh yang terbaik, beliau juga menegaskan semangat itu telah menguat di Negeri-negeri yang dikuasai oleh Pakatan.

"Kalau bukan dengan semangat toleransi agama mana mungkin kuil Buddha dan Kuil Hindu dapat dibina di Kelantan yang pratus penduduknya beragama Islam" Kata Drs. Khalil.

Monday, September 28, 2009

DS Nizar tunjuk kemahiran goreng Koay Teow







sekitar jam 9pg ke 11pg 27/09/09

gambar awal sekitar rumah terbuka pas bkt gantang dan ahli parlimen bkt gantang 27/09/09




YDP Bukit Gantang rakam terima kasih atas kehadiran tetamu Rumah Terbuka Pas dan Ahli Parlimen

YDP Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tetamu pelbagai bangsa.

"Ini membuktikan DS Nizar masih diiktiraf rakyat sebagai Menteri Besar sah negeri Perak"tegas Ustaz Nordin Jaafar.

"Rumah terbuka kali ini ,kali kedua Pas Bukit Gantang mengadakan Rumah Terbuka bersama Ahli Parlimen."tambah Ustaz Nordin lagi.

Beliau berharap pertemuan ini akan membangkitkan lagi perjuangan membantu rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang khususnya.

Kehadiran tetamu kali ini bermula daripada peringkat pimpinan seperti YB Nga Kor Meng,YB Tn Hj Zainuddin Yusuf,YB Tai Sing Ng,YB Hj Husin Din ,YB Yew Su Kai dan YB Drs Khalil Idham Lim sehingga rakyat marhaen.

Friday, September 25, 2009

Sumbangan Daging sempena Hari Lebaran di Bukit Gantang

sehari sebelum raya giliran Rakyat di Parlimen Bukit Gantang pula menerima bantuan daging sempena hari lebaran yang mejelang .Dato Seri Ir Hj Nizar Jamaluddin menyumbangkan 3 ekor lembu sebagai agihan bantuan kepada penduduk yang kurang berkemampuan di sekitar Dun di dalam Parlimen Beliau.Lokasi pertama ialah di Batu Hampar Dun Terong yang mana disana dua ekor lembu telah disembelih sendiri oleh Dato Seri Nizar.Selepas itu Beliau ke Markaz Pas Batu 6 bagi program agihan sumbangan barangan keperluan kepada beberapa penduduk yang kurang berkemampuan.Turut hadir sama ialah Ust Idris Ahmad dan YDP Bukit Gantang.Dato Seri juga sempat menyampaikan ucapan Selamat Hari Raya kepada penduduk yang hadir pada majlis tersebut.

Kami meneruskan perjalanan ke Dun Kuala Sepetang yang mana disana seekor lagi lembu telah disumbangkan oleh Dato Seri Nizar yang juga telah disembelih oleh Beliau.Selepas itu kami kelokasi terakhir di Kg Jelapang Simpang yang mana seekor lagi lembu turut di kurbankan disana.Kesemua daging-daging berkenaan akan diberikan kepada Rakyat yang memerlukan.Terima kasih juga kami ucapkan kepada Team Pusat Khidmat B.Gantang yang membantu proses perjalanan kami hari ini.

Bukan nak memuji dan mengata akan tetapi ini realitinya.Antara intan dan permata Rakyat tahu pemimpin mana yang menjadi pilihan mereka.Sikap pemimpin yang mendahulukan Rakyat dan sanggup bersama dengan rakyat dalam apa jua keadaan menambah baik hubungan antara Rakyat dan Pemimpin mereka.

Pastinya ada jua yang akan berkata BILA PULA PEMIMPIN UMNO nak buat seperti ini,pastinya ia dinantikan oleh Rakyat dalam mentafsirkan slogan mereka Rakyat DiDAHULUKAN..!!!

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN

sumber : perakexpress krew











Dakwah berkesan dengan fahami jiwa remaja

Dalam kita miniti kehidupan sehari, dari soal membuat keputusan mahupun bersuara kita sering terlepas pandang soal pokok dalam menyatakan sesuatu. Kita seolah fokus dan terlalu obses dalam mempercayai setiap tindakan kita adalah benar tanpa mengambil kira pandangan lain.
Diantara kontradiksi yang berlaku sejak kebelakangan ini benar-benar mencetus suatu paradigma yang menyumbang kepada perspektif yang ingin saya rungkaikan. Keputusan Pemuda Pas yang menggesa pembatalan konsert Beyonce juga saya kira suatu arahan yang tidak bermatlamat. Adakah cuma ini sahaja jalan yang difikir releven untuk menyingkirkan pengaruh negatif dinegara kita ini? Bagaimanakah pula konsert artis tempatan kita, adakah mereka berpakaian jauh lebih baik dari Beyonce?
Jangan salah faham, saya juga bukan menyokong acara tersebut, tapi sekadar memberi pandangan.
Mungkin ramai yang memberi rasional bahawasanya pengamalan agama perlu pendekatan yang holistik, tetapi yang pasti bukan dalam keadaan yang drastik sebegini. Tarbiah Nabi juga pada para sahabat juga dengan kaedah berperingkat. Tuhan faham limitasi manusia dalam membuat perubahan lantas tidak menurunkan perintah agama secara keseluruhan contohnya pembentukan iman, perintah solat, larangan meminum arak dan sebagainya. Tetapi kita pula makhluk ciptaan memilih tarbiah yang drastik sedangkan kita sendiri dapat jangkakan penolakkan bakal berlaku.
Memang sesungguhnya fundemental dalam Islam tidak mengkompromi dalam soal urusan akidah dan hukum hakam, namun realitinya kita sedar negara kita sendiri telah tersasar jauh dari konsep sebagai negara islam, jadi perlu ada hikmah dalam setiap keputusan diambil. Saya bukan ingin menggalakkan taqiyya, tetapi terkadang dengan menggunakkan kaedah prinsip lesser evil itu perlu. Mungkin kita dapat cadangkan kepada kerajaan, jika artis tersebut ingin membuat persembahan, beri mereka kod etika pemakaian dalam membuat persembahan dan pastikan garis panduan itu juga perlu ditetapkan kepada semua artis dinegara ini dan barulah tiada sebarang kontradiksi dan pertikaian akan berlaku.
Kita tidak mahu anak muda dan rakyat membenci serta mereka lari jauh dari kita dan akhirnya sukar untuk kita mendekati mereka kerana hati mereka telah tertutup untuk melakukan perubahan kerana tiada ruang persefahaman.
Yang pasti saya selaku anak muda memang menginginkan perubahan tetapi bukan dalam suasana yang begini, saya juga faham manusia itu adalah mahluk yang paling fleksibel namun walaubagaiman pun mereka juga memerlukan waktu untuk beradaptasi dengan sesuatu yang baru. Naif bila kita fikirkan dengan perkataan dan perbuatan kita dapat mengubah seseorang sedangkan perubahan itu sendiri adalah dengan izin Tuhan.

Tuesday, September 22, 2009

Dewan Pemuda PAS Perak berbuka puasa bersama DYTM Raja Muda Perak


KUALA KANGSAR, 13 Sept 09: Dewan PemudaPAS Perak menyertai Majlis Berbuka Puasa bersama Raja Dr. Nazrin Shah, Raja Muda Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar. Majlis Berbuka Puasa ini turut disertai Badan-Badan Kebajikan, Belia, Sukan dan Media.

Program bermula jam 6.30 petang disusuli dengan majlis berbuka puasa, solat Maghrib, satapan DiRaja, solat Isyak, solat Terawih dan Witir, minum malam dan majlis ramah mesra

Dewan Pemuda PAS Perak yang hadir daripada Jawatankuasa Harian terdiri dari:-

a. Ustaz Zawawi Hassan - Ketua
b. Ustaz Mohd Nur Amin - Timbalan Ketua
c. Salman Saleh - Naib Ketua
d. Dr. Raja Ahmad Al-Hiss - Setiausaha
e. Ahmad Aidi Adam - Penolong Setiausaha
f. Safarizal Saleh - Penolong Setiausaha
g. Zairul Azrun Zainal Abidin - Bendahari
h. Ustaz Mohd Akmal Kamarudin - Ketua Penerangan
i. Mohd Nazri Din - Pengarah Pilihanraya

Kehadiran mereka mendapat perhatian dari pelbagai pihak kerana tampil dengan pakaian seragam Pemuda PAS dengan mengenakan tanda nama serta sampin lambang PAS.

sumber: http://dppperak.blogspot.com/

Mana Cerita Dari Janda Perdana Menteri

SEJAK beberapa bulan dulu dan sekarang semua media massa cetak dan eletronik memaparkan kisah hidup dan perjuangan Najib Razak. Perjalanan politik Najib dari awal hingga akhir - sehingga angkat sumpah menjadi PM ke-6 dilakar dan ditulis demikian rupa. Semuanya menggambarkan kehebatan dan keagungan Najib sebagai 'dewa bangsawan politik.'


Bukan saja karektor Najib sebagai seorang pelajar yang baik, cerdik dan pintar sejak sedari kecil dilukiskan; kegemaran, pakaian, cara pidato dan telatah Najib di meja makan juga turut sama dilukiskan. Pendeknya semua tidak terlepas dari cakupan media massa, masing-masing berlumba untuk menukilkan (glorify) sesuatu yang indah dan menyeronokkan.

Penulis yang mencari makan di hujung pena pula akan mencatat sesuatu yang merujakan rakyat tentang Najib. Mengelak rakyat agar menyokong Najib sepenuhnya sebagai perdana menteri. Manakala ahli politik yang mencari kerusi akan melihat Najib umpama sebutir intan yang bersinar dari semua dimensi dipandangnya.

Semua orang yang hampir dengan Najib diinterviu dan ditanya mengenai masa silam Najib. Mengenai sikap Najib dan falsafah politiknya. Mereka yang berkongsi kereta dengan Najib semasa di London juga turut sama diinterviu dan cerita itu dipaparkan dengan penuh nostalgik bagi menggambarkan kerendahan dan ketawadukan diri Najib.

Ibu Najib, Tun Puan Rahah Mohd Noah juga sudah semestinya ditanya mengenai anaknya yang bertuah itu. Maka berceritalah Rahah mengenai masa kecil perdana menteri itu. Bahawa Najib bukan dilahirkan untuk menjadi perdana menteri, namun Rahah terpaksa akur dengan kehendak dan ketentuan Allah s.a.w. Dan jawatan yang dijabat oleh anak sulung itu sangat disyukurinya.

Begitu juga dengan isteri kedua Najib, Rosmah Mansor pun dipotretkan begitu anggun sekali. Sebagai seorang isteri yang bekerja kuat dan pemberi semangat kepada Najib. Seorang isteri yang berpeluh berpela bersama Najib dalam mengapai kerusi penuh berkuasa itu. Bahkan ada yang gatal mulut berkata jika bukan kerana kesungguhan Rosmah, Najib tidak mungkin menjadi perdana menteri!

Ertinya orang yang bekerja kuat untuk meletakkan Najib di kerusi nombor wahid negara ialah Rosmah Mansor? Maka wajarlah kalau Najib menyanyangi Rosmah lebih dari segala-galanya.

Dan saya sebagai penulis yang mengikut perjalanan politik Najib sejak tahun 80-an merasa semacam tidak lengkap apabila media dan orang bercakap mengenai Najib. Persis ada kekosongan telah berlaku dalam autobiografi kehidupan Najib itu, apabila perkara ini dialpakan.

Apakah hakikat ini tidak diketahui oleh pengamal media atau pencatat sejarah politik berusia bawah 30-an ataupun ianya sengaja dilupakan? Kalau wartawan atau penulis muda lupa, apakah wartawan dan penulis veteran juga lupa mengenai hal ini?

Apa yang saya maksudkan itu ialah seorang insan bernama Puteri Zainah binti Iskandar, perempuan pertama yang bersama Najib membina kehidupan. Siapakah Puteri Zainah ini? Dia adalah wanita pertama yang berada di sisi Najib. Wanita pertama yang berada di kiri Najib atas pelamin yang kilau gemilau. Wanita pertama yang menjadi teman tidur Najib yang sah. Wanita pertama yang meyendukkan nasi ke pinggan Najib. Wanita pertama yang mengambil baju dan seluar Najib untuk ke pejabat.

Ke manakah wanita ini sekarang? Apakah ia boleh dilupakan bahawa beliau pernah wujud bersama perdana menteri baru itu? Apakah ianya boleh dilupakan begitu saja? Bolehkan setiap detik sejarah berlalu dihapuskan oleh perasaan kebencian?

Tidak.... wanita ini tidak boleh disunyikan seolah ia tidak pernah hidup bersama Najib. Betapa sejuta kali tidak suka sejarah ini tetap terpahat dalam benak rakyat. Betapa pun ada kuasa yang cuba menafikannya, namun sejarah dan biologi tidak boleh menafikan bahawa darah wanita ini ada dalam tubuh tiga orang anak perdana menteri itu; Mohd Nizar, 32, Puteri Norlisa, 28 dan Mohd Nasifuddin? Bolehkah dunia mengenepikan begitu saja?

Puteri Zainah masih hidup dan masih sihat. Cebisan kenangan indah dan buruk beliau dengan Najib masih terpampar di kepalanya. Dia juga berhak sebenarnya bercakap mengenai Najib. Dia masih waras untuk bercerita segala-gala dari malam pertama sehinggalah kemalam terakhir kehidupan rumah tangganya dengan Najib.


Sebelum si janda Rosmah Mansor menjelma dalam lataran hidup Najib, Puteri Zainah atau lebih dikenali dengan Ku Yie inilah yang mengikut Najib ke majlis-majlis kerajaan. Yang menemani Najib menziarahi rakyat di Pekan dan seluruh Pahang semasa Najib menjadi Menteri Besar Pahang dulu. Ku Yielah yang menjadi pujaan dan kesayangan Tun Puan Rahah. Ku Yielah yang lebih dikenali dan dimesrai rakyat Pahang berbanding dengan Rosmah.

Kenapa media melupai Ku Yie ini? Rasanya elok kalau media ikut sama bertandang ke rumah ke Yei Jalan Maktab, off Jalan Gurney, Kuala Lumpur untuk bertanya dan bercerita masa-masa indah bersama bekas suaminya itu yang kini menjadi perdana menteri.

Tinjaulah juga pendapat dan pandangannya. Selaminya juga perasaan hati kecilnya bagaimana setelah lelaki yang pernah hidup bersamanya dulu kini sudah bergelar sebagai perdana menteri. Coretlah juga perasaan gembira Ku Yie atas apa yang berlaku itu. Tidak salah rasanya, bahkan tinjauan itu melengkap dan menyempurnakan lagi autobiografi Najib.

Ku Yie tentu menyimpan sejuta cerita mengenai Najib termasuk cerita-cerita misteri yang terlarang untuk dibukukan. Elok juga kalau dicungkilkan bagaimana rumah tangga mereka yang dibina selama lebih 10 itu tiba-tiba runtuh dan hancur. Sedikit sebanyak dari kisah rumah tangga itu dapat sama-sama kita melihat kelemahan Najib dan juga kemampuannya dalam
membina negara dan nusa.


Saya menunggu dengan penuh minat cerita atau komen daripada Ku Yie. Saya mahu tenguk apa yang media tulis dan korek darinya. Sekiranya dalam tempoh beberapa bulan ini tidak ada komen dari Ku Yie insyaAllah saya akan cuba membuka semula album kehidupan Ku Yie bersama perdana menteri yang sudah terbungkus dalam sejarah itu yang ada dalam pengetahuan saya.


Dan sejarah itu penting untuk dibaca oleh 27 juta rakyat Malaysia mengenali siapakah sebenarnya perdana menteri mereka dan siapakah juga wanita nombor wahid Malaysia kini.

sumber :msomelayu

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails