Wednesday, December 30, 2009

Isu MB: Pakatan nafi anjur perhimpunan tapi mahu DUN perak dibubarkan


PETALING JAYA, Dis 30 – Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menafikan khabar angin Pakatan Rakyat (PR) negeri itu akan menganjurkan perhimpunan untuk mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya meletakkan jawatanya sebagai menteri besar esok.

“Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan.

“Suka ditegaskan di sini bahawa prinsip Pakatan dalam isu jawatan Menteri Besar Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak,” kata beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan di blognya hari ini, Khalil berkata beliau juga mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan SMS dan berita tidak berasas langsung itu.

Sehubungan itu, beliau juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan terperinci mengenai siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita dianggap satu provokasi dan fitnah terhadap PR Perak.

“Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu.

“Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan,” katanya.

Khalid juga berkata beliau berharap semua penyokong PR tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro-BN.

“Dan, saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam media parti yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails