Wednesday, December 30, 2009

Isu MB: Pakatan nafi anjur perhimpunan tapi mahu DUN perak dibubarkan


PETALING JAYA, Dis 30 – Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim menafikan khabar angin Pakatan Rakyat (PR) negeri itu akan menganjurkan perhimpunan untuk mendesak Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir supaya meletakkan jawatanya sebagai menteri besar esok.

“Saya menafikan bahawa Pakatan Rakyat Perak akan menganjurkan himpunan berkenaan.

“Suka ditegaskan di sini bahawa prinsip Pakatan dalam isu jawatan Menteri Besar Perak dan langkah untuk menyelesaikan kemelut politik yang berlaku di Perak adalah dengan jalan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dengan memberi peluang kepada rakyat Perak untuk mengundi dan memilih siapakah kerajaan Perak,” kata beliau.

Dalam kenyataan dikeluarkan di blognya hari ini, Khalil berkata beliau juga mengecam pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan SMS dan berita tidak berasas langsung itu.

Sehubungan itu, beliau juga memohon dari pihak keselamatan mengadakan siasatan terperinci mengenai siapa yang bertanggungjawab menyebarkan berita dianggap satu provokasi dan fitnah terhadap PR Perak.

“Selain itu, saya suka memberi ingatan kepada semua penyokong Pakatan supaya jangan mempercayai dan mengabaikan maklumat bohong itu.

“Juga saya menegaskan semua penyokong Pakatan sentiasa berhati-hati dengan provokasi dan fitnah yang berterusan dari musuh-musuh Pakatan,” katanya.

Khalid juga berkata beliau berharap semua penyokong PR tidak mudah mempercayai kepada sumber maklumat yang disebarkan dalam pelbagai media yang pro-BN.

“Dan, saya sarankan supaya hanya mempercayai maklumat yang diterbit dan disiarkan dalam media parti yang mewakili Pakatan Rakyat,” katanya.

Jakim: Gerhana bulan separa dijangka Jumaat ini


PUTRAJAYA, Dis 30 – Fenomena gerhana bulan separa dijangka berlaku Jumaat ini 1 Jan 2010 bersamaan dengan 15 Muharam 1431H bermula pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi waktu tempatan.

Menurut kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) hari ini, gerhana akan bermula dengan fasa penumbra pada pukul 1.17 pagi dan mencapai tahap gerhana maksimum pada pukul 3.24 pagi.

“Gerhana ini dijangka berakhir pada pukul 5.28 pagi. Gerhana yang jelas hanya dapat dilihat apabila bulan memasuki bayang umbra bumi iaitu dari pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum,” kata kenyataan itu.

Sehubungan fenomena itu, masyarakat Islam digalakkan menunaikan solat sunat khusuf atau solat sunat gerhana bulan yang disertai dengan khutbah khas gerhana bulan, bersempena dengan kejadian gerhana bulan itu.

Ekoran gerhana yang berlaku semasa cuti sambutan tahun baru 2010, orang ramai dijemput hadir bagi menyaksikan fenomena alam semula jadi itu dan turut serta menunaikan solat sunat khusuf yang akan diadakan di Masjid Negara.

“Program yang merupakan anjuran bersama Masjid Negara, Jakim dan Agensi Angkasa Negara itu bertujuan meningkatkan tahap keimanan masyarakat Islam,” kata Jakim. – Bernama

Thursday, December 10, 2009

Pakatan Pahang tetap mahu Bajet 2010 dibentang semula

KUANTAN, Dis 10 — Pakatan Rakyat (PR) Pahang tetap mahu kerajaan negeri membetulkan kesilapan teknikal yang dikhuatiri boleh menjejaskan status Bajet 2010 dengan segera membentangkannya semula di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Pengerusi II Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang Azan Ismail berkata, apa yang dibangkitkan pihaknya bukan isu politik.

Oleh itu kata Azan, menjadi satu sikap tidak betul jika Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob bertindak balas secara politik sedangkan apa yang dibangkitkan merupakan isu pentadbiran dan undang-undang semata-mata.

“Sama ada mahu dibentang semula atau tidak, itu terpulang kepada Adnan,” kata Azan yang juga Ahli Parlimen Indera Mahkota ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Tegas Azan, yang penting pembetulan dokumen Bajet 2010 Pahang mesti dilakukan di DUN bukannya di luar.

Azan mempertahankan kenyataan beliau sebelum ini sambil memberitahu bahawa dokumen Bajet 2010 Pahang juga telah diteliti oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen kelmarin, yang kemudiannya mengesahkan dakwaan beliau.

“Dokumen Bajet 2010 Pahang, dari kulit ke kulit, termasuk lampiran yang dikepilkan itu bersifat embargo, ia dikawal oleh Akta Acara Kewangan. Maksudnya, keseluruhan isi bajet ini termasuklah lampirannya mempunyai kesan undang-undang,” katanya.

Azan turut melahirkan rasa kecewa dengan reaksi yang ditunjukkan oleh Adnan semalam.

“Tidak perlu beremosi, tidak payahlah sampai mengoyak lampiran tersebut,” kata beliau.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man ketika dihubungi juga memberi komen yang senada.

PAS Pahang menurut beliau, kekal menuntut mahu supaya satu sidang DUN khas dipanggil dalam masa terdekat ini.

Tuan Ibrahim juga menegur sikap Adnan yang sering memandang mudah dalam banyak hal, termasuk perkara yang berkaitan dengan undang-undang.

“Peraturan tetap peraturan dan Nazri, sebagai menteri yang menjaga undang-undang telah memberi pandangan undang-undangnya iaitu tiada cara lain membetulkan kesilapan dokumen bajet tersebut melainkan melalui satu Sidang DUN khas,” katanya.

Tuan Ibrahim turut melahirkan rasa risau jika Adnan dengan sikap pandang mudahnya berkeras mahu melaksanakan Bajet 2010 Pahang dan peruntukan perbelanjaan itu masih dipertikaikan kesahihan.

“Selagi sidang DUN khas tidak dipanggil untuk membuat pembetulan tersebut, maka selagi itulah Bajet 2010 Pahang adalah bajet yang belum disahkan, dan pelaksanaannya tanpa pengesahan sudah tentu akan membabitkan banyak implikasi undang-undang,” katanya lagi.

Dokumen Bajet 2010 Pahang yang dibentangkan pada pertengahan bulan lalu telah menjadi isu kerana didakwa tidak sah ekoran kesilapan tarikh semakan.

Azan telah menggesa supaya satu sidang DUN khas dipanggil untuk pembetulan dan pembentangan semula bagi membolehkan bajet tersebut dilaksanakan pada tahun hadapan.

Semalam, Adnan memberitahu Bajet 2010 Pahang tidak perlu dibentangkan semula kerana Ringkasan Penyata Kewangan tersebut hanyalah lampiran yang dikepilkan sedangkan Buku Laporan Penyata Kewangan Negeri Pahang, yang dirujuk untuk membuat ringkasan tersebut adalah dokumen berasingan yang telah diaudit dan disahkan oleh Ketua Audit Negara.

Beliau dikatakan mengoyak lampiran Ringkasan Penyata Kewangan dalam Bajet 2010 negeri tersebut yang didakwa tersilap tarikh.

umrah





hj mat ali bin ludin atau dikenali penduduk setempat dengan panggilan pakjang..akan ke mekah pada 16 disember ini untuk menunaikan ibadah umrah..moga belia selamat pergi dan balik ke kg halaman..amin

Wednesday, December 9, 2009

Johari: Dr Mahathir eksploitasi BTN, saya sudah bertaubat


KUALA LUMPUR, Dis 9 — Sambil menegaskan bahawa Biro Tata Negara (BTN) tidak relevan dalam arus pembangunan semasa, bekas Pengarahya Datuk Johari Abdul berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) tidak wajar menggunakan wang rakyat atas nama biro itu untuk menghentam Pakatan Rakyat.

Kata Johari, sebenarnya tidak ada apa yang silap dengan agensi itu tetapi menegaskan, sukatan BTN perlu dikaji semula kerana ia tidak disalahgunakan oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN.

Bekas ahli Umno itu menambah parti itu mempunyai segala hak untuk menghadapi musuh-musuh politiknya dalam apa jua cara sekalipun.

“Tetapi jangan gunakan wang cukai rakyat untuk tujuan itu. Biar anda biaya sendiri,” katanya.

“Kalau Umno ada jabatan latihan, gunakan wang sendiri, OK tiada masalah. Tetapi jangan menggunakan wang rakyat... hendak kritik pembangkang OK, selagi ia tertakluk dalam undang-undang negara.

“Tetapi yang salah ialah apabila BTN diperuntukkan RM64 juta bagi tahun 2010 (peruntukannya digunakan untuk anjur program kritik pembangkang),” kata beliau pada Forum Adakah Biro Tata Negara Relevan Untuk Perpaduan Negara di sini malam tadi.

Kerajaan telah memperuntukkan RM64 juta di bawah Bajet 2010 untuk BTN. Pembangkang menggesa BTN ditutup.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz menegaskan sukatan BTN akan dikaji semula ekoran kritikan pelbagai pihak.

Malah Nazri juga mengkritik bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis apabila mempertahankan BTN.

Malah beberapa pemimpin Umno mempertahankan operasi BTN.

Semalam, Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga mengakui bahawa beliau pernah menjadi mangsa kecaman dalam kursus BTN selepas keluar Umno akhir 1980-an.

Johari yang kini merupakan Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani berkata, beliau menyedari tentang penggunaan BTN untuk tujuan politik semasa kepimpinan Dr Mahathir.

“BN menggunakan BTN dengan sepenuhnya untuk melakukan serangan peribadi. Ia menjadi ketara selepas 1998 (apabila Anwar dipecat) digunakan untuk memfitnah Lim Kit Siang, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Anwar Ibrahim seolah-olah mereka tidak patut berada di Malaysia,” katanya.

Johari yang mengetuai BTN selama empat tahun sebelum meninggalkannya pada 1990 berkata, beliau akhirnya “bertaubat” dengan apa yang berlaku.

“Saya tahu, tetapi saya sudah bertaubat sekarang,” katanya.

Kata Johari, pada awalnya beliau sedar akan kekurangan-kekurangan yang wujud tetapi tidak boleh berbuat apa-apa disebabkan “pengaruh” Dr Mahathir ketika itu.

Johari memberitahu ketika ditubuhkan pada 1970-an BTN hanya merupakan satu unit di Kementerian Belia dan Sukan, yang dibentuk untuk mengawal gerakan Islam yang menentang kerajaan di pusat-pusat pengajian tinggi khususnya Universiti Malaya.

Ketika itu ia diterajui oleh bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi selaku pegawai kerajaan.

“Dan apabila Abdullah menjadi ahli politik sepenuh masa, badan itu secara rasmi menjadi BTN dan tujuannya adalah untuk meningkatkan keyakinan di kalangan pelajar Melayu dengan memasukkan idea-idea ketuanan Melayu,” kata Johari.

Bagaimanapun apabila Mahathir menjadi Perdana Menteri, BTN digunakan sepenuhnya untuk tujuan politik Umno-BN.

Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri dari 1981 hingga 2003.

“Salah satu kursus yang diberikan kepada peserta Melayu ialah mempertahankan kerajaan Umno-BN dalam apa jua cara sekali. Jika kerajaan Umno-BN jatuh, orang Melayu disemai fikiran bahawa mereka akan menjadi hamba di negara sendiri,” katanya.

“Dan keadaan menjadi semakin buruk apabila Anwar dipecat oleh Dr Mahathir dan BTN digunakan dengan sepenuhnya untuk mengecam pemimpin-pemimpin pembangkang,” kata beliau lagi.

Tuesday, December 8, 2009

Apakata mereka tentang PAFA? Rampas kuasa!







8 DEC Setelah pasukan bolasepak Perak dibawah PAFA (Perak Football Association) diterima untuk bersaing didalam Liga Super musim 2010 dan majlis menandatangani kontrak pegawai dan pemain untuk musim itu nanti selesai, angin bertiup semakin kencang mengatakan terdapat sebilangan ahli majlis didalam PAFA yang tidak senang duduk dan berpakat untuk membuat suatu perkara yang menggugat kelancaran pasukan Kejor Yop Kejor menghadapi musim baru yang bakal tiba.

Hari ini akan berlangsungnya mesyuarat ahli majlis PAFA jam 2.00 petang di Pejabat PAFA di Jalan Fair Park, Ipoh.

Dijangkakan akan berlaku kekecohan apabila dikatakan terdapat pihak yang akan membawa usul untuk menyingkirkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin daripada jawatan Presiden PAFA yang dipegangnya dengan jaya selama ini.

Pihak-pihak ini amat tidak senang dengan kelancaran perjalanan Pafa selama dibawah tadbir Dato Seri Nizar kerana tiada peluang untuk mereka mengaut untung sepertimana biasa dimasa-masa yang lepas dibawah pemerintahan presiden-presiden daripada Umno dahulu yang menjadi punca sebenar mengapa PAFA menanggung hutang sebanyak RM4 juta lebih.

Kejayaan Dato Seri Nizar membayar serta mengurangkan jumlah hutang lapuk itu amat ditakuti sekali oleh puak-puaka ini.

Berjaya rampasan kuasa yang akan dilakukan hari ini terhadap jawatan Presiden PAFA mengulangi rampasan kuasa yang mereka lakukan terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat di Perak ini? Sama-samalah kita nantikan 'wayang' mereka yang kononnya memperjuangkan sukan bolasepak dinegeri Perak ini.

Jom kita 'Kejor Yop Kejor' mereka berambus jauh daripada arena sukan dinegeri ini terutamanya sukan bolasepak yang amat kita semua minati.

Sayangi pasukan bolasepak kita dan kekalkan Dato Seri Ir Haji Nizar Jamaluddin sebagai Presiden PAFA yang paling berwibawa dan bersih didalam sejarah bolasepak negeri Perak tercinta. ajijoi

DS Nizar akan berada di Bukit Gantang pada 12 Disember ini.Jadual adalah seperti berikut:









6.00 pagi- Kuliah Subuh di Surau Taman Kaya


9.00 pagi-Rasmi Majlis Berkhatan Rakyat di Trong

1030 pagi-Bertemu Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat Bukit Gantang

12-3.00 petang- Ke Majlis Perkahwinan Rakyat

4.00 petang- Bergerak ke Kuala Lumpur

Sunday, December 6, 2009

Nik Aziz: Umno makin lemas, lupakan Kelantan

KUALA LUMPUR, Dis 6 — Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.

Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.

"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.

"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.

"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.

Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.

"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya," kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.

"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.

Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.

"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.

"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.

Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.

Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.

Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia, kata beliau lagi.

Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.

"Saya penat," katanya ringkas.

Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.

Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.

Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

>the malaysia insaider<

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails