Tuesday, March 30, 2010

umno musuh no 1 islam





-Klik untuk pembesaran gambar-

Ini surat lama, pada tahun 1996. Tapi bukan bermakna hari ini UMNO tidak lagi menolak Islam, menolak Hudud atau Al-Quran. Hari ini lahir ramai 'ulama' dan 'tok guru UMNO' yang telah mengeluarkan 'fatwa' songsang (seperti 'ustazah' Masyitah) dan berlagak lebih tinggi ilmunya dari orang lain hingga merendah-rendahkan orang lain.('tok guru' UMNO ) malah ada yang menghina Ulama'

Terlalu banyak bukti jika mahu di bongkar menunjukkan UMNO dan pemimpin UMNO menolak Islam, menolak dan menghina Hudud . Mari kita teliti ungkapan pujangga pemimpin UMNO-BN ini.

1) "Saya akan mempastikan bahawa negeri-negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional tidak akan melaksanakan hukum hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa selepas sidangMajlis, Tertinggi Umno, 1994

2) "Kita (Kerajaan Pusat) akan ambil tindakan jika Kelantan meneruskan usaha melaksanakan hudud." (Dr. Mahathir Mohamad, ucapannya di Pasir Mas, Kelantan, 14 Ogos 1994)

3) "PAS tidak akan dapat melaksanakan hukum itu kerana ia jelas bertentangan dengan perlembagaan Lord Reid." (Syed Hamid Albar dalam satu wawancaranya dengan wartawan)

4) "Hukum rejam kepada penzina adalah primitif" Kenyataan Tun Dr. Mahathir kepada wartawan pada 3hb Mac 1994 di Nilam Puri, Kelantan Darul Naim

5) "Negara akan huru-hara sekiranya undang2 Islam dilaksanakan " Kenyataan Najib Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan

6) "Saya nak tahu siapakan di antara ahli2 Pas yang sanggup memotong tangan orang jika hudud dilaksanakan di Kelantan. Barangkali Nik Aziz akan melakukannya. Jika benar kita nak tengok apa yang berlaku selepas hukum itu nanti." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 30 April 1992 di perjumpaan Ketua2 UMNO bahagian Johor

7) "Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam." Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 14 Ogos 1994 di Pasir Mas Kelantan

8) "Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apa pun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam. Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum2 yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan?" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac 1994 di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

9) "Hudud tidak boleh dilaksanakan kerana sukar mendapat saksi yang tidak fasik" Ucapan Tun Dr. Mahathir pada 3 Mac di Pusat Bahasa Arab, Nilam Puri, Kelantan

10) "Apabila hukum rejam batu sampai mati kepada penzina dan potong tangan kepada pencuri, nescaya ramailah rakyat Islam yang mati dan kudung tangan.Ini sangat memalukan ummat Islam, kerana orang bukan Islam akan sempurna sifatnya dan boleh meneruskan kerja" Tun Dr. Mahathir Mohamad, temubualnya dengan media massa, 14 Julai 1992

11) "Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan" Sulaiman Daud temubualnya dengan media massa, 20 Ogos 1993

12) "Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawab jika berlaku huru hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahanrakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu.rakyat harus menyoal perlaksaaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud, bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu" Datuk Seri Najib Tun Razak, bercakap kepada wartawan, 20 April 1992

13) "Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam" Datuk Dr. Yusuf Nor, temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota, 6 Mac 1994

14) "Apa erti negara Islam jika mundur" Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi: 13/11/99

15) "Jika mereka hendakkan sangat hukum hudud, mereka kenalah cuba hukum mereka sendiri atau mahkamah mereka sendiri. Mereka seronok nak potong tangan orang, seolah-olah jika tidak potong tangan, tidak Islam. Sekarang kita nak tengoklah mereka boleh buat atau tidak" Tun Dr. Mahathir Mohamad, bercakap kepada wartawan, 24 April 1992

PERKASA yang PERASAN..




Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia


Pertubuhan bukan kerajaan Melayu yang terbesar, Perkasa yang mengadakan mesyuarat agung tahunan sulungnya kelmarin, dilihat tidak mampu memainkan peranan sebagai penentu kuasa politik sebaliknya hanya akan merugikan Umno dalam jangka panjang, kata pemerhati dan penganalisis politik.

Sehubungan itu menurut Prof Madya Dr Mohamad Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Perkasa hanya dilihat sebagai pelengkap kepada perjuangan Umno bukannya penentu kuasa politik.

“Kita tidak lihat Perkasa mampu mempengaruhi kuasa politik sebaliknya kewujudannya bersama Umno hanya akan melumpuhkan perjuangan mereka.

“Perkasa hanya bertindak sebagai pelengkap kepada Umno dalam memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Jadi kita tidak lihat mereka mampu mengubah pergerakan sesebuah parti politik di Malaysia,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Mohamad Agus memberitahu, majoriti ahli Perkasa adalah individu-individu yang telah menerima perjuangan Umno sejak dari dulu.

“Majoriti ahli Perkasa adalah orang Umno dan ini jelas sekiranya Umno tidak memperjuangkan hak orang Melayu kesannya dilihat lebih kepada Umno bukan parti-parti politik lain.

“Jadi sekiranya Umno tidak memperjuankan hak serta kepentingan orang Melayu maka Perkasa akan bangkit dan memainkan peranan mereka sebagai sebuah pertubuhan yang memperjuangkan orang Melayu,” katanya.

Tambahnya, Perkasa tidak berupaya untuk menjatuhkan mana-mana parti politik melalui undi pada pilihan raya umum kerana keputusan itu terletak di tangan rakyat bukan mereka.

“Perkasa boleh kata apa sahaja kerana penentu undi bukan pada mereka tetapi rakyat,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali kelmarin yang memberi amaran kepada parti-parti politik negara ini, khususnya Umno agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu, sekiranya mahukan sokongan dalam pilihan raya umum.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif firma kajian pandangan umum Merdeka Center, Ibrahim Suffian pula memberitahu Perkasa dilihat sebagai pasangan kepada Umno dalam memperjuangkan hak orang Melayu sahaja.

“Perkasa berfungsi sebagai gandingan kepada Umno bukan sebagai penentu kuasa politik. Ini kerana asas, tujuan serta perkara yang diperjuangkan tertumpu kepada prinsip asas Umno.

“Selain itu, Perkasa dilihat sebagai pendesak kepada Umno dan akan bertindak sekiranya Umno mengetepikan hak keistimewaan orang Melayu.

“Kalau mengatakan Perkasa sebagai penentu kuasa politik ia tidak tepat kerana pengundi dan rakyat yang berhaluan kanan akan tetap bersama Umno berbanding parti-parti politik lain,” katanya.

Ibrahim berkata, implikasi daripada kenyataan Ibrahim supaya tidak “bermusuh” dengan pertubuhan itu terutamanya Umno adalah supaya parti Melayu itu membuka mata dan pada masa yang sama tidak meninggalkan asas perjuangan mereka.

“Apabila Perkasa mengeluarkan kenyataan begitu ia secara tidak langsung akan membuka mata Umno agar tidak mengetepikan perjuangan orang Melayu.

“Boleh katakan Umno dan Perkasa adalah selari cuma Umno adalah sebuah parti besar serta perlu seimbang dengan parti komponen yang lain manakala Perkasa pula hanya sebuah pertubuhan yang memperjuangkan hak orang Melayu,” katanya.

Pensyarah Pusat Pengajian Sejarah, Politik dan Strategi UKM, Profesor Madya Dr Ghazali Mayhuddin juga selari dengan pandangan mereka dengan memberitahu bahawa Perkasa tidak mampu bertindak sebagai kuasa penentu politik kerana pertubuhan itu dilihat hanya berlegar-legar di kalangan individu tertentu.

“Mungkin apa yang diperjuangkan hanya bersifat retorik semata-mata dan ia tidak akan memberikan sebarang impak yang besar kepada penentu kuasa politik.

“Rakyat sudah matang serta boleh berfikir secara rasional malah mampu menilai dalam membuat keputusan tepat terutamanya dalam perkara ini,” katanya.

Tambah beliau, kenyataan agar tidak “bermusuh” dengan pertubuhan bukan kerajaan itu seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik.

“Kenyataan yang dikeluarkan Ibrahim seolah-olah berbaur ugutan kepada parti-parti politik dan ini jelas membuktikan bahawa Perkasa mempunyai agenda yang lebih bersifat peribadi bukan kepada komuniti.

“Mungkin agenda serta tujuan kewujudan Perkasa tertumpu kepada kepentingan peribadi bukan komuniti seperti yang dikatakan.

“Kita tidak tahu apa motif mereka jadi buat masa sekarang kita hanya perlu tunggu dan lihat sahaja,” katanya.


The Malaysian Insider

Monday, March 15, 2010

Si Celaka Sesumpah Cuba Melagakan Pemimpin PR.

Ezam mengatakan apabila Anwar keluar dari Penjara Anwar berjumpa Haji Hadi dan menyatakan pada Haji Hadi:

Anwar jumpa Haji Hadi dengan lantang menjelaskan pada Haji Hadi bahawa Anwar adalah pejuang Islam. Kita tidak akan bagi muka pada DAP dalam menidakkan kita sebagai umat Islam. Kita kena bersatu dalam pakatan rakyat ini. PAS dan PKR akan menguasai mereka yang bukan Islam ini.
Esoknya pula Anwar jumpa Lim Kit Siang dan Menyatakan:
Kita mesti bersatu dalam Pakatan rakyat bersama PAS. Jangan risau kita tidak akan bagi muka pada PAS dalam menyebarkan fahaman nya itu. Kita akan menyekat PAS dari menjadi ekstrem dalam politik ini.
Saya akan bersama DAP kita kena bekongsi kuasa dalam hal ini. Jangan kita bagi muka dengan PAS.

Itulah di antara petikan ceramah Ezam Sesumpah dalam ceramah umno di Jalan Kebun, Klang. Adoi... lawak benar sesumpah sekoq ni...., banyak yang dia dedahkan dan akan mendedahkan lagi... kononnyaaaaa...

Tetapi.... apabila di fikir-fikir kan balik apa yang dia dan penceramah2 lain seperti Zaid Mat Arip, Khir Toyo... semuanya yang diorang ceritakan itu.. tak lebih dari kisah dongeng jer... ntah apa2 fitnah mengarut yang dicakapkan.. sementelah lagi dengan status dan kredibiliti mereka yang semuanya mata duitan, terpalit dengan isu songlap duit rakyat, rasuahdan pelbagai isu lagi.

Terutamanya doktor gigi... dengan kes rumah RM24 juta yang sehingga kini rakyat pun tahu dari mana dia cilok duit tu... hasil daripada menjadi MB Selangor selama 8 tahun.

Si sesumpah pulak..., kerja takda... sumber pendapatan lain gua tak tahulah.. tapi rumah kat seksyen 7, Shah Alam harga RM7 juta... mana dia rembat duit tu... ha..ha..ha.. sampai sekarang tiada penjelasan...

Humbankan umno.... talkinkan umno...

Dari mukabumi Malaysia supaya rakyat aman dan sejahtera... 50 tahun peluang yang mereka ada telah di persiakan kepada rakyat, tetapi di pergunakan sepenuhnya untuk kayakan... diri dan kroni mereka sahaja... contoh paling hampir, lu orang cuba tinjau2 kehidupan Ketua Bahagian dan Cawangan umno... sebelum ada pangkat hidup susah dan ada yang merempat, bila dapat pangkat.. pegang jawatan tak sampai beberapa bulan.... ha..ha..ha.... orang kaya baru beb....

Itu baru tahap Ketua Bahagian dan Cawangan... tahap dewa2 yang lagi atas tu amacam...? Lu orang tak caya jugak... cuba tanya Azalina... berapa koleksi kereta yang dia ada...?

Boleh percaya ke...? dengan munafik2 itu semua. Pada gua... kalau orang2 dari kalangan umno yang berceramah... 199% gua takan percaya lansung... berdasarkan status dan kredibiliti mereka yang terkenal dengan pelbagai skandal dan isu.

Pembohong paling besar dalam Malaysia ialah Pemimpin umno parti HARAMJADAH yang memusnah dan melingkupkan Malaysia, lagi mau sokong ka...? Jadi..., kalau lu orang pergi dengar ceramah umno... tapis2 lah apa fitnah yang si munafik2 tu sampaikan... dan lagi bagus.. jangan pergi lansung.

Dari isi ceramah sesumpah dan buragas umno, apa yang gua boleh simpulkan ialah, ianya adalah satu usaha terbaru mereka untuk melaga-lagakan pemimpin semua parti dalam Pakatan Rakyat, dengan memainkan isu perkauman dan agama.

Memang celaka buragas2 umno haramjadah ini semua....

BiLA KaTaK BeRsUaRa..








Ahli Parlimen Bebas antara paling banyak kemuka usul di Dewan Rakyat

Posted by RAKYAT MARHAEN Isnin, 2010 Mac 15

KUALA LUMPUR 14 Mac - Tekad ahli-ahli Parlimen yang baru menjadi wakil rakyat Bebas untuk aktif memperjuangkan kepentingan rakyat terbukti apabila nama mereka tersenarai antara yang paling banyak mengemukakan usul untuk dibahaskan di Dewan Rakyat.

Berdasarkan kertas aturan urusan mesyuarat Dewan Rakyat pada Selasa ini, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) mengemukakan 21 usul iaitu yang terbanyak di kalangan ahli Parlimen, antaranya cadangan dihentikan penjualan arak di dalam pesawat Malaysia Airlines (MAS). Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru) pula mengemukakan tiga usul termasuk cadangan supaya pakar ekonomi dilantik sebagai Menteri Kewangan. Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) turut mengemukakan tiga usul, antaranya syor agar had laju di lebuh raya dinaikkan kepada 130 kilometer sejam.

Seorang lagi ahli Parlimen Bebas yang baru ialah Tan Tee Beng (Nibong Tebal), manakala tiga yang sedia ada ialah Datuk Ibrahim Ali (Pasir Mas), Datuk Chua Soon Bui (Tawau) dan Datuk Eric Majimbun (Sepanggar).

Semua tujuh ahli Parlimen Bebas berkenaan ditempatkan di bahagian belakang Dewan di Blok F.
Berdasarkan kertas aturan urusan mesyuarat berkenaan, sesi soal jawab selama satu setengah jam dari pukul 10 pagi akan dimulakan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjawab soalan pertama yang dikemukakan.

Soalan daripada Alexander Nanta Linggi (BN-Kapit) ialah mengenai sejauh mana gagasan 1Malaysia telah berjaya menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama pada masa sekarang. Selepas sesi soal jawab, ia akan diteruskan dengan perbahasan menjunjung kasih ahli-ahli Parlimen terhadap titah ucapan Seri Paduka.

Dua rang undang-undang juga akan dibentangkan untuk bacaan kali kedua dan ketiga iaitu Rang Undang-Undang Agensi Pelaporan Kredit 2009 dan Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi 2009.
Ura-ura bahawa akan berlaku perubahan jawatan Ketua Pembangkang berikutan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini hanya mempunyai 27 kerusi Parlimen berbanding DAP dengan 28 kerusi dijangka tidak menjadi kenyataan.

Ini berikutan penyandang sedia ada yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan untuk mengemukakan soalan kedua pada sesi soal jawab, Selasa ini. Soalan kedua yang dikhaskan untuk Ketua Pembangkang ditujukan kepada Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed mengenai kenapa nilai pelaburan asing ke negara ini terus merosot walaupun selepas kerajaan melaksanakan liberalisasi sektor perkhidmatan pada tahun lalu.

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails