Monday, September 14, 2009

sedikit sejarah dan tokoh kg bt 8

Penulis melihat Bukit Gantang daripada beberapa persepsi :

  1. Dilahirkan di Kampung Batu 8, Bendang Siam, Jalan Trong, 34850 Changkat Jering, Perak adalah di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang, Perak. Tetapi alamat kami tidak diselaraskan mengikut kawasan parlimen.
  2. Bandar besar yang terdekat dari rumah penulis adalah Taiping. Sejauh 8 batu dari rumah.
  3. Pekan sari antara yang popular di Perak adalah Pekan Ahad Changkat Jering. Banyak nostalgia disitu. Syok dan sedap makan sate dan sotong. Jaraknya hanya 3km sahaja dari rumah penulis. Disitu letaknya Sekolah Menengah Tengku Menteri yang memenengahkan pengajian penulis daripada 1982 sehingga 1986.
  4. Kampung Batu 8 adalah dilaluan Pekan Changkat Jering ke Trong / P.Remis/Bruas/Manjung/Lumut. Pernah di era 70 dan 80 an, pasukan bolasepak terkuat di kawasan Bukit Gantang. Wakil Rakyat Bukit Gantang dulu juga dari kampung kami di Batu 8. Banyak juga tokoh politik dan agama Perak yang lahir dari kampung kami. Dato' Ahmad Mansor (bekas Wakil Rakyat dan bekas Ketua UMNO Bah. Bkt Gantang), Allahyarham Ustaz Hj Abdul Samad Ibrahim (Pengetua Maahad Tarbiah Islamiyyah, Bt 8), Ust. Hj. Yusuf Din, Tuan Guru Nawawi (Ulamak silam diawal 50-60an), Tok Guru Hj. Sulaiman, dan beberapa nama lain yang tidak asing bagi penduduk tempatan.
  5. Senator Datuk Jins Shamsuddin (tokoh perfileman nagara) juga pernah bersekolah di Sek. Keb. Bendang Siam, Batu 8. Penulis bersekolah disitu sedari 1976 - 1981. Orang kecil siapa yang kenal.
  6. Kilang Roti Ria, Sek. Keb. Bendang Siam dan Maahad Tarbiah Islamiyyah antara icon pembangunan Batu 8.
  7. Batu 8 sebahagiannya di wakili melalui DUN Trong dan Sebahagian DUN Changkat Jering. Orang Ulu Batas di Trong, penduduk Senduk dan Changkat Ning di DUN Changkat Jering. Di Changkat Ning popular suatu dulu dengan bomoh patah (pakat ortopedik tradisional) Hj Ahmad Patah.
  8. Suhu politik agak panas disitu dengan PAS dan UMNO sama kuat. Abang penulis sendiri penah menjadi Ketua Belia 4B merangkap Ketua Pemuda UMNO dan Setiausaha UMNO Cawangan selain menjawat Setiausaha JKKK Bendang Siam di era 80an dulu. Kini...ntah le!
  9. Kini keceriaan dan keseronokan balik kampung bila hari raya disini telah hilang serinya. Ntah kenapa ! ....
  10. Namun Bukit Gantang bergema kembali. MP Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia, maka fokus massa kembali. Dulu DUN Changkat Jering pada 1997 pernah kematian Dato Razlan Hamid, maka pilihanraya kecil berlaku juga.
  11. Tradisinya UMNO dan Melayu Islam disitu adalah majoriti. Maka Datok Tan Lian Hoe, Datuk M.Kaveas, Senator T. Murugiah, Datok Mat Isa Ismail, Datok Bendahari UMNO kini pernah dikaitkan dengan Bukit Gantang ini. Bagi penulis yang mengundi di Parlimen Shah Alam tidak nampak kaitannya.

sumber : kongpuakwakdan.blogspot.com

sejarah yg lebih lagi akan menyusul : penulis blog batulapan8.blogspot sedang mengumpul maklumat...pada sesiapa dan anak tempatan yg tahu mengenai sejarah bt 8 bendang siam boleh lah menghubungi penulis ......010-3703023...

No comments:

Post a Comment

Semua Parti Dalam Pakatan Rakyat,Faham "HUDUD"

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails